Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459273
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Akram Mukhlis Azmi (P63991)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:50:11Z-
dc.date.available2023-09-13T07:50:11Z-
dc.date.issued2016-12-02
dc.identifier.otherukmvital:99187
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459273-
dc.descriptionMukhtar al-Ahadith al-Nabawiyyah karangan Sayyid Ahmad al-Hashimi (m. 1942M) merupakan antara koleksi karya warisan nabawi dalam sejarah Islam. Kepentingannya dapat dilihat menerusi usaha pengarang melakukan pemilihan hadith-hadith akhlak dari kitab yang muktabar. Teknik penulisan yang menggabungkan metode abjadiyyah dan tabwib menjadikan kitab ini berbeza dengan karya lain. Namun, pengarang tidak meletakkan isyarat (tanbih) terhadap hadith-hadith yang dinukilkan, sedangkan kitab ini menjadi rujukan masyarakat awam khususnya di Malaysia. Justeru itu, pengkaji melihat satu keperluan untuk mengenal pasti metodologi yang diguna pakai oleh Sayyid Ahmad al-Hashimi dalam menghasilkan karya Mukhtar al-Ahadith al-Nabawiyyah. Reka bentuk kajian ini adalah analisis kandungan (content analysis) dengan menjadikan kitab Mukhtar al-Ahadith al-Nabawiyyah sebagai rujukan utama. Manakala kaedah menganalisis data menggunakan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan Sayyid Ahmad al-Hashimi menggunakan pelbagai metode antaranya ; menyusun hadith mengikut susunan huruf al-hija'iyyah, menyebut kesemua jenis hadith, tidak menyebut sanad hadith, tidak melazimkan diri menyebut perawi di peringkat sahabat (rawi al-acla), tidak melazimkan diri menyebut nama ulama yang mengeluarkan hadith (mukhrij al-hadith), meringkaskan matn hadith (taqtic al-matn) dan menghuraikan lafaz yang gharib. Selain itu, hasil kajian juga mendapati Sayyid Ahmad al-Hashimi merujuk kitab al-Jamic al-Saghir dan Riyad al-Salihin sebagai sumber utama pemilihan hadith Mukhtar al-Ahadith al-Nabawiyyah. Pada akhir kajian, pengkaji mendatangkan penilaian keseluruhan kajian dan mengusulkan cadangan untuk penambahbaikan kitab Mukhtar al-Ahadith al-Nabawiyyah. Pemahaman terhadap metodologi pengarang kitab ini merupakan satu perkara penting supaya nilai ilmiah sesebuah karya dapat didedahkan kepada masyarakat dan juga ahli akademik seterusnya menggariskan kaedah aplikasi kitab yang tepat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectAnalisis kandungan
dc.subjectHadith
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleMetodologi Sayyid Ahmad al-Hashimi dalam kitab Mukhtar al-Ahadith al-Nabawiyyah
dc.typetheses
dc.format.pages139
dc.identifier.barcode003223(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99187+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
644.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.