Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459268
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkefli Aini, Dr.
dc.contributor.authorNur Damia Husna Nor Sad (P78177)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:57Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:57Z-
dc.date.issued2017-05-18
dc.identifier.otherukmvital:98634
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459268-
dc.descriptionTugas dakwah kepada masyarakat Orang Asli ditumpukan oleh pendakwah yang ditugaskan khas seperti Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Panel Dakwah Muallaf (PDM). Namun demikian, kekangan dari aspek persediaan pendakwah, kurang kepakaran, kemahiran penyampaian, dan penguasaan bahasa pendakwah menjadikan usaha dakwah semakin mencabar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti bentukbentuk komunikasi dakwah yang digunakan oleh pendakwah, mengkaji ciri-ciri bahasa dakwah, menganalisis pendekatan gaya bahasa dakwah dan membina garis panduan komunikasi bahasa pendakwah dalam penyampaiannya. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Lapan orang pendakwah terdiri daripada PMOA dan PDM di negeri Selangor dan seorang informan kajian dipilih untuk ditemu bual. Data disusun dan dikodkan mengikut tema dan kategori hasil dari trankripsi. Kemudian, dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga proses awal dalam membina bentuk komunikasi dakwah iaitu peringkat permulaan, perancangan dan persediaan memulakan topik perbualan. Kemudian, terdapat empat ciri-ciri bahasa dakwah yang digunakan iaitu bahasa yang benar dan jujur, mudah difahami, sopan dan lemah lembut serta jelas dan teratur. Ia memberi k esan positif kepada penyampaian pendakwah. Namun, sikap segelintir pendakwah yang tidak menjaga bahasanya menimbulkan persepsi negatif Orang Asli terhadap Islam. Selain itu, pendekatan gaya bahasa pendakwah mempunyai unsur humor, pembujukan dan psikologi. Ia digunakan dalam keadaan berbeza kerana melihat kepada faktor usia dan situasi Orang Asli. Pendekatan pembujukan dan psikologi juga bergantung kepada usia, khidmat sosial, bahasa, emosi, sikap dan tingkah laku pendakwah. Walau bagaimanapun, pendakwah didapati masih kurang menguasai bahasa Orang Asli. Justeru itu, garis panduan komunikasi dakwah dibina sebagai usaha kepada penambahbaikan proses komunikasi pendakwah. Kajian ini memberi implikasi kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan badan-bukan kerajaan membangunkan usaha dakwah kepada masyarakat Orang Asli sekaligus meningkatkan kualiti penyampaian komunikasi bahasa pendakwah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDa'wah (Islam) -- Malaysia
dc.subjectIslam -- Missions -- Malaysia
dc.subjectIndigenous people -- Malaysia -- Religion
dc.subjectOrang Asli
dc.titleKomunikasi bahasa pendakwah masyarakat Orang Asli
dc.typetheses
dc.format.pages196
dc.identifier.callnoBP170.85.N83 2017 tesis
dc.identifier.barcode003148(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98634+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.