Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459266
Title: Persepsi masyarakat Islam terhadap guru agama lulusan timur tengah di Thepa Songkhla Selatan Thailand
Authors: Abdunkode Doloh (P70918)
Supervisor: Wan Haslan Khairuddin
Keywords: Guru agama
Lulusan timur tengah
Muslim teachers -- Study and teaching (Secondary) -- Songkhla
Issue Date: 20-Jan-2017
Description: Sejak tercetus konflik di selatan Thailand pada awal tahun 2004 kedudukan guru agama lulusan timur tengah mula dicabar dengan pelbagai dakwaan yang dilontarkan oleh pihak kerajaan Thai terutamanya daripada pihak keselamatan Negara Thailand. Dakwaan tersebut memberi gambaran negatif dan memburukkan hampir semua guru agama. Justeru, kajian ini untuk mengenal pasti persepsi masyarakat Islam terhadap guru agama lulusan timur tengah di Thepa, Songkhla selatan Thailand. Selain itu, untuk mengenal pasti peranan dan tanggungjawab guru dalam Islam dan juga peranan guru agama lulusan timur tengah di selatan Thailand. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif merujuk kepada kajian kepustakaan, manakala pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan menggunakan sampel rawak mudah yang melibatkan persampelan seramai 380 orang di daerah Thepa Songkhla. Soal selidik dan temu bual sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan menganalisis data secara deskriptif meliputi kekerapan, skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati sebahagian besar responden berpersepsi baik dan positif. Selain itu, menjelaskan hakikat peranan yang dimainkan oleh guru agama lulusan timur tengah sama ada pada sudut pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi dan politik. Peranan guru agama lulusan timur tengah di selatan Thailand sebagai pengajar, pendidik, pembimbing, petunjuk dan penasihat yang mana selaras dengan guru dalam Islam berperanan sebagai mudarris, murabbī, muaddib, murshid dan muᶜallim. Implikasi kajian menyumbang kepada asas-asas keharmonian dalam masyarakat majmuk dan strategi dakwah yang lebih baik lagi efektif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 124
Call Number: LC905.T42A41 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98632+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.