Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459265
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md. Yazid Ahmad | |
dc.contributor.author | Badriah Hasbullah (P74561) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:49:49Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:49:49Z | - |
dc.date.issued | 2017-04-12 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98630 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459265 | - |
dc.description | Hak tuntutan harta sepencarian merupakan hak eksklusif suami dan isteri yang boleh dituntut sama ada disebabkan berlakunya perceraian, suami ingin berpoligami atau kematian. Perkembangan seterusnya menunjukkan bahawa dalam kes tuntutan harta sepencarian selepas kematian kedua-dua pihak suami dan isteri, Mahkamah Syariah telah membenarkan waris menuntut harta sepencarian bagi pihak si mati ekoran tuntutan yang pernah dikemukakan oleh si mati sebelum kematiannya. Namun mutakhir ini, timbulnya isu baru apabila terdapat tuntutan harta sepencarian yang dikemukakan oleh waris bagi pihak si mati sedangkan pada masa pihak tersebut masih hidup tiada sebarang tuntutan dilakukan. Justeru, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti kedudukan tuntutan harta sepencarian selepas kematian, mengkaji isu locus standi pihak waris dalam tuntutan harta sepencarian selepas kematian bagi pihak pasangan suami isteri yang tidak pernah mengemukakan sebarang tuntutan pada masa hidup mereka menurut perspektif fiqh dan undang-undang Islam di Malaysia, serta menganalisis langkah-langkah penyelesaian ke arah pembentukan garis panduan tuntutan harta sepencarian selepas kematian oleh waris. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang melibatkan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan bagi mengukuhkan lagi data kajian, temu bual separa struktur dijalankan terhadap empat orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati, waris selain suami dan isteri tidak mempunyai locus standi untuk membuat tuntutan harta sepencarian selepas kematian bagi pihak si mati secara automatik sebagaimana hak pewarisan dalam harta pusaka Islam. Walau bagaimana pun, kajian mendapati wujud keadaan tertentu yang wajar diharuskan waris untuk membuat tuntutan harta sepencarian selepas kematian bagi pihak si mati demi memastikan keadilan hak dan kemaslahatan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap harta tersebut terjamin. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak yang berautoriti merangka suatu garis panduan yang khusus berkenaan tuntutan harta sepencarian selepas kematian oleh waris sebagai panduan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ini. Kajian ini memberi implikasi ke arah pembentukan undang-undang khusus berhubung tuntutan harta sepencarian selepas kematian di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Harta sepencarian | |
dc.subject | Tuntutan | |
dc.subject | Marital property (Islamic law) -- Malaysia | |
dc.title | Locus standi waris dalam tuntutan harta sepencarian selepas kematian di Mahkamah Syariah di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 191 | |
dc.identifier.callno | BP158.M29B334 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003145(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98630+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.