Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459260
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar Hj. Don, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSamira Saad (P78743)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:37Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:37Z-
dc.date.issued2017-07-18-
dc.identifier.otherukmvital:98626-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459260-
dc.descriptionPengurusan hal ehwal Islam secara umumnya merupakan satu awlāwiya penting dalam pembangunan ummah. Sehubungan dengan itu, usaha dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam hal ehwal pentadbiran telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sejak tahun 1985 bagi meningkatkan kualiti dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan. Berdasarkan kepada nilai-nilai Islam tersebut, terdapat 11 nilai al-masʿuliyyahh dalam pengurusan hal ehwal Islam. Namun, senario keadaan semasa yang berlaku dalam hal ehwal pengurusan Islam menunjukkan bahawa peranan terhadap nilai-nilai al-masʿuliyyah masih lagi kabur disebabkan terdapat pelbagai krisis yang berlaku dalam konteks pengurusan tidak terkecuali pengurusan hal ehwal Islam masa kini yang cenderung dikaitkan dengan isu kurangnya akauntabiliti dan ketelusan, pecah amanah, karenah birokrasi, penyalahgunaan kuasa, dan seumpamanya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep al-masʿuliyyah dalam pengurusan hal ehwal Islam, mengenalpasti kefahaman berkaitan ehwal pengurusan Islam menunjukkan bahawa peranan terhadap nilai-nilai al-masʿuliyyah masih lagi kabur disebabkan terdapat pelbagai krisis yang berlaku dalam konteks pengurusan tidak terkecuali pengurusan hal ehwal Islam masa kini yang cenderung dikaitkan dengan isu kurangnya akauntabiliti dan ketelusan, pecah amanah, karenah birokrasi, penyalahgunaan kuasa, dan seumpamanya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep al-masʿuliyyah dalam pengurusan hal ehwal Islam, mengenalpasti kefahaman berkaitan al dalam pengurusan Islam, dan menganalisis nilai-nilai al-masʿuliyyah yang dilaksanakan oleh kakitangan MAIPs. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 50 orang responden dalam kalangan kakitangan yang berkhidmat di MAIPs namun, hanya 47 orang responden yang memberi kerjasama dengan baik. Data dianalisis dengan menggunakan teknik statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS version 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep al-masʿuliyyahh dalam pengurusan Islam umumnya merujuk kepada salah satu etika kerja Islam dan al-masʿuliyyah memandu diri untuk menjauhi sifat mazmumah (keji). Kajian juga mendapati kakitangan dengan MAIPs memahami bahawa al-masʿuliyyah dalam pengurusan hal ehwal Islam boleh meningkatkan kecekapan pengurusan hal ehwal Islam dan menyedari bahawa hakikat akhir al-masʿuliyyah dalam pengurusan hal ehwal Islam adalah terhadap Allah SWT di samping pekerjaan dan majikan. Hasil kajian juga mendapati nilai-nilai al-masʿuliyyah yang dilaksanakan oleh kakitangan MAIPs ialah nilai bersyukur, tanggungjawab, berbudi mulia, amanah, tekun, dedikasi, dan bekerjasama. Manakala nilai bersih, disiplin, sederhana, dan ikhlas merupakan nilai yang kurang diamalkan oleh kakitangan MAIPs. Implikasi kajian ini diharap dapat membantu dan menjadi pemangkin ke arah mengembalikan keupayaan dalam sistem pengurusan yang berkualiti dengan mengamalkan nilai-nilai al-masʿuliyyah dalam pengurusan hal ehwal Islam. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak yang bertanggungjawab seperti MAIPs khususnya yang merupakan sebuah organisasi yang menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Islam di negeri Perlis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslam-
dc.subjectIslam -- Functionaries-
dc.titleKefahaman dan pelaksanaan nilai-nilai al-masʿuliyyah dalam pengurusan hal ehwal Islam di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)-
dc.typetheses-
dc.format.pages179-
dc.identifier.callnoBP185.S24 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003141(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98626+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.