Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459258
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkarnain Mohamed, Dr.
dc.contributor.authorEngku Amir Hamzah Engku Mohamed Nor (P68765)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:32Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:32Z-
dc.date.issued2017-08-06
dc.identifier.otherukmvital:98623
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459258-
dc.descriptionImam Abu Sulayman al-Khattabi (388H) merupakan sarjana terawal yang mengambil berat tentang kesilapan bahasa Arab dalam periwayatan Hadis Nabi s.a.w. Ini boleh dilihat berpandukan karyanya Islah Ghalat al-Muhaddithin yang fokus kepada pembetulan kesalahan bahasa Arab oleh perawi Hadis. Sungguhpun begitu, terdapat kritikan daripada sebilangan sarjana terhadap beberapa riwayat Hadis yang dikatakan terdapat di dalamnya kesalahan dari sudut bahasa Arab daripada karyanya ini. Justeru, kajian ini dilakukan bagi menilai manhaj yang telah digunapakai oleh Imam al-Khattabi dalam karyanya Islah Ghalat al-Muhaddithin dalam memperbaiki kesalahan bahasa Arab yang telah dilakukan oleh perawi Hadis di samping lain-lain manhaj yang terdapat dalam kitab. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif, yang menggunakan metode kajian sejarah dan analisis kandungan. Dalam menjalankan proses pengumpulan data pula, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu dengan merujuk kepada rujukan yang terdiri daripada sumber primer dan sekunder. Manakala data-data yang diperoleh pula dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik dan diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa sumber-sumber yang telah didatangkan oleh Imam al-Khattabi yang umumnya terdiri daripada Hadis adalah sumber yang tepat dan benar. Dari segi penilaiannya terhadap perawi Hadis dalam memperbaiki kesalahan bahasa Arab pula, beliau dilihat mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Beliau ada memberikan kritikan terhadap sesuatu riwayat dengan mengatakan ia salah dan ada juga dengan memberikan pandangan yang lebih baik bagi sesuatu permasalahan. Antara kesalahan bahasa Arab yang dibahaskan ialah dari sudut harakah, huruf dan pemilihan kalimah yang sesuai dalam Hadis. Secara umumnya, kritikan beliau terhadap sesuatu permasalahan adalah tepat. Namun, terdapat beberapa kritikan beliau yang perlu diteliti semula. Selain itu, beliau juga dilihat banyak menerapkan pelbagai unsur dalam syarah bagi sesebuah hadis, seperti perbahasan tatabahasa Arab, morfologi, tafsiran kalimah dan fiqh. Oleh itu, kajian ini berjaya membuktikan bahawa Imam al-Khattabi merupakan seorang sarjana yang memiliki manhaj yang tersendiri dalam memperbaiki kesilapan bahasa Arab dalam periwayatan Hadis menerusi karyanya Islah Ghalat al-Muhaddithin di samping pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa Arab, fiqh dan Hadis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectHadis
dc.subjectHadith -- Language
dc.subjectstyle -- Early works to 1800
dc.titleManhaj Imam al-Khattabi (388H) dalam kitab Islah Ghalat al-Muhaddithin
dc.typetheses
dc.format.pages108
dc.identifier.callnoBP136.48.K473E54 2017 tesis
dc.identifier.barcode003139(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98623+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.