Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459257
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Hasan Said Iderus (P83351)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:29Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:29Z-
dc.date.issued2017-07-29-
dc.identifier.otherukmvital:98622-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459257-
dc.descriptionPerkembangan penulisan hadis Arbacīn telah lama berlaku sejak abad ke-2H/8M. Pelbagai metode telah digunakan oleh para ulama dalam penulisan hadis Arbacīn. Antaranya adalah metode mawḍūcī, metode sharḥ, dan metode taḥqīq. Besarnya perhatian para ulama untuk menyusun hadis Arbacīn sejak dahulu hingga sekarang dibuktikan dengan ditemui hadis Arbacīn dalam pelbagai tajuk dan bentuk. Penulisan hadis Arbacīn ini tidak hanya berlaku di Jazirah Arab, bahkan meluas sehingga ke pelbagai belahan dunia termasuklah Nusantara. Ulama Banjar juga turut serta dalam penulisan hadis berbentuk Arbacīn ini. Kitab hadis Arbacīn yang ditulis ulama banjar telah masyhur dan tersebar luas sama ada di Banjar mahupun di Malaysia. Di samping itu, kitab mereka diguna pakai di beberapa pondok pesantren, majlis taklim dan telah dicetak berulang kali bahkan diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia. Namun begitu, metode penulisan hadis Arbacīn oleh ulama Banjar ini belum diperbincangkan secara tuntas. Justeru, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti metode yang diguna pakai oleh ulama Banjar dalam menghasilkan karya hadis Arbacīn. Kajian juga memfokuskan kepada sejarah perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dan analisis sejarah dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa dalam penulisan hadis Arbacīn para ulama terbagi kepada dua metode. Pertama, metode penulisan disandarkan kepada kitab hadis Arbacīn iaitu metode mawḍūcī, sharḥ dan terjemahan. Kedua, metode penulisan disandarkan kepada penulis iaitu penulis memiliki pendirian sendiri dan hanya menaqal kepada karya terdahulu. Implikasi kajian ini adalah pentingnya menjaga dan mengamalkan hadis Nabi SAW dan pelbagai metode ulama gunakan untuk menulis hadis Nabi SAW.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHadis Arbacīn-
dc.subjectUlama Banjar-
dc.subjectHadith -- Hermeneutics-
dc.titleSumbangan dan metode penulisan hadis Arbacīn oleh ulama Banjar pada abad 20 masihi-
dc.typetheses-
dc.format.pages114-
dc.identifier.callnoBP135.M835 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003138(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98622+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.