Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459256
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
dc.contributor.authorMuhammad Adlani Mohd Rosdi (P77122)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:26Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:26Z-
dc.date.issued2017-06-19
dc.identifier.otherukmvital:98621
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459256-
dc.descriptionAkta Perkhidmatan dan Kewangan Islam 2013 (APKI) telah memansuhkan penguatkuasaan Akta Perbankan Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312) dalam mentadbir hal-hal yang melibatkan perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia. APKI telah menetapkan garis panduan dan kehendak Syariah yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan Islam dalam menjalankan operasi mereka yang turut disertakan dengan mekanisme pengawalseliaan dan pengawasan berasaskan tindakan penguatkuasaan dan penalti bagi pesalah melalui tatacara tindakan yang khusus. Walaubagaimanapun, peruntukan hukuman bagi pesalah akta dalam APKI ini telah ditetapkan dengan kadar yang lebih tinggi dan ketat berbanding dengan hukuman dalam akta sebelumnya yang menimbulkan persoalan tentang kewajaran serta legitimasi peruntukan tersebut. Objektif kajian ialah mengkaji bentuk kesalahan serta hukuman yang diperuntukkan dalam APKI 2013 dan kelemahannya, menganalisis tujuan dan keperluan penguatkuasaan peruntukan hukuman tersebut dan seterusnya menganalisis keabsahan peruntukan hukuman tersebut menurut Syariah. Metode kajian yang digunakan adalah kualitatif dan dilakukan secara analisis kandungan serta temubual separa berstruktur bersama Penasihat Syariah dan Eksekutif Syariah di beberapa buah bank Islam. Data-data terkumpul dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati walaupun Akta 276 dan Akta 312 telah dimansuhkan namun peruntukan kesalahan berkaitan kepatuhan syariah telah dikekalkan dalam APKI dengan mengenakan hukuman yang lebih berat. Penguatkuasaan peruntukan hukuman tersebut mempunyai beberapa kelemahan yang boleh dilakukan penambahbaikan oleh pihak berautoriti. Peningkatan hukuman dan kadar penalti yang dinaikkan ini didapati tidak bertentangan dengan syarak kerana ia bertujuan agar undang-undang ini lebih dipatuhi oleh institusi yang terlibat diperingkat nasional mahupun antarabangsa, mencegah jenayah serta memelihara dan melindungi kemaslahatan awam. Implikasi kajian menunjukkan penetapan dan peningkatan hukuman yang dikenakan dalam APKI harus dilakukan berdasarkan prinsip hukuman menurut Islam. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu rujukan buat pihak institusi kewangan Islam yang terlibat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKewangan Islam
dc.subjectSyariah
dc.subjectFinance (Islamic law) -- Malaysia
dc.titleLegitimasi peruntukan hukuman dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menurut perspektif syariah
dc.typetheses
dc.format.pages114
dc.identifier.callnoBP158.F5M84 2017 tesis
dc.identifier.barcode003137(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98621+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.