Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459255
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmah Ahmad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRaudzah Sheikh Salleh (P73370)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:24Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:24Z-
dc.date.issued2017-05-15-
dc.identifier.otherukmvital:98620-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459255-
dc.descriptionHuruf jarr dianggap sebagai partikel yang terkuat hubungannya dengan percakapan dan keluasan maknanya. Ia membentuk satu entiti penting dalam struktur tatabahasa. Antara aspek perbincangan terpenting berkaitan huruf jarr ialah aspek situasinya sebagai tambahan yang menjadi topik perbincangan para sarjana. Ada kalangan yang menafikannya, ada yang bersetuju dan ada pula kelompok para sarjana tatabahasa dan tafsir yang sederhana dan prihatin untuk cenderung kepada pendapat yang mengatakan ia adalah tambahan. Justeru, kajian ini menumpukan perbincangan terhadap aspek ini kerana tidak terdapat kajian yang menganalisis pendapat golongan sarjana yang sederhana dan bagaimana mereka memperlakukannya, terutama sekali dalam penambahan partikel jarr “min” dan kesannya terhadap pemahaman ayat Qur'an. Kajian ini bermatlamat untuk mengetahui pendirian dan cara pemahaman sarjana tatabahasa dan pentafsir yang sederhana terhadap penambahan “min”, menganalisis ayat Qur'an yang mempunyai partikel jarr “min” yang asli dan tambahan dan menjelaskan kesan penambahan itu dari sudut makna dan tatabahasa untuk memahami ayat dalam surah berkaitan. Kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif yang berdasarkan kajian kepustakaan di samping metode induktif, deskriptif, analisis dan komparatif untuk mendapatkan dapatan. Antara dapatan kajian terpenting ialah pendirian golongan sederhana sarjana tatabahasa dan pentafsir sejajar dengan aliran majoriti sarjana tatabahasa yang tidak menolak penambahan partikel jarr secara mutlak. Ini menolak dakwaan bahawa penambahan itu suatu yang sia-sia, namun mereka tidak pula mengharuskannya secara mutlak, bahkan mereka prihatin untuk menyempitkan maksud penambahan tersebut, iaitu huruf jarr “min” tidak menjadi tambahan kecuali ia mencukupi syarat yang dipersetujui, antaranya; hendaklah kata nama majrurnya dalam bentuk nakirah, sama ada menjadi mubtada', fa‘il, maf‘ul bih atau maf‘ul mutlaq, di samping ayat tersebut adalah dalam bentuk nafi (ghayr mujab). Kajian juga mendapati bahawa terdapat 421 tempat “min” yang asli dalam Surah al-Ma'idah dan hanya 5 tempat sahaja “min” yang tambahan. Namun begitu, ia tidaklah menafikan kewujudan fenomena tersebut dalam Qur'an, kerana penambahan tersebut bukanlah suatu yang tidak berfaedah, bahkan ia memberi makna penegasan dan tidak menjejaskan dari sudut tatabahasa kerana ia tidak terkesan dengan yang sebelumnya sebagaimana ia tidak mempengaruhi yang selepasnya. Justeru, kajian ini dianggap sebagai mempertahankan kedudukan al-Qur'an daripada tohmahan sia-sia dan menjadi panduan segenap lapisan masyarakat dalam memahami ayat Quran dengan betul.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHuruf jarr-
dc.subjectBahasa Arab-
dc.subjectArabic language -- Prepositions-
dc.titleHarf al-jarr min bayna al-asalah wa al-ziyadah dirasat nahwiyyah tatbiqiyyah fi Surat al-Ma'idah-
dc.typetheses-
dc.format.pages129-
dc.identifier.callnoPJ6148.P73R348 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003136(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98620+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.