Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459253
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haziyah Husin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Najib Nubhan Kairudin @ Khairudin (P67086) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:49:19Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:49:19Z | - |
dc.date.issued | 2017-09-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98618 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459253 | - |
dc.description | Anak adalah suatu amanah yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia. Islam menggariskan panduan bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab tersebut. Namun, tanpa disedari, terdapat kalangan masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab ini berikutan peningkatan jumlah anak-anak yang terabai setiap tahun. Oleh itu, kajian terhadap anak secara tafsir mawḍūᶜi perlu dilaksanakan bagi mengemukakan kemaslahatan isu tersebut menurut perspektif al-Qur'an. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis makna kosakata yang membawa maksud anak dari segi bahasa dan konteks penggunannya dalam al-Qur'an serta mengkaji tema-tema berkaitan isu anak yang dibentangkan dalam al-Qur'an. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Pengumpulan data dibuat dengan kaedah analisis dokumen, manakala analisis data dilakukan dengan pendekatan tematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kosakata yang membawa maksud anak dalam al-Qur'an berjumlah 13 iaitu ajinnah, ibn, walad, ghulam, tifl, untha, al-dhakar, rabib, dhurriyyah, sabiy, yatim, adiya' dan nisa'. Penggunaan kosakata ini di dalam al-Qur'an memberi pelbagai makna iaitu anak di alam rahim, anak yang masih bayi, kanak-kanak lelaki, remaja lelaki, anak lelaki, anak lelaki dan perempuan, anak tiri, anak saudara, sepupu, anak perempuan, anak cucu, anak yatim dan anak angkat. Melalui kosakata ini, al-Qur'an mengutarakan beberapa tema iaitu kejadian manusia, pedoman al-Qur'an dalam isu pengabaian anak, keutamaan anak yatim, doa untuk anak, hakikat anak di akhirat dan hukum-hukum berkaitan anak. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penggunaan kosakata anak yang pelbagai dalam al-Qur'an memberi pelbagai makna yang membawa tafsiran berbeza menurut kosakata yang digunakan. Kajian tema-tema berkaitan anak pula memberi pedoman kepada manusia dalam mengurus hal ehwal anak menurut panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Dengan memahami isu ini, permasalahan anak terabai dapat diatasi dengan mengamalkan pendekatan al-Qur'an.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Anak | - |
dc.subject | al-Qur'an | - |
dc.subject | Children -- Religious aspects -- Islam | - |
dc.title | Kosakata anak dalam al-Qur'an | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 168 | - |
dc.identifier.callno | BP188.3.C5N335 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003134(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98618+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.