Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459252
Title: Pendekatan dan amalan dialog antara agama: kajian di Hidayah Centre Foundation Negeri Sembilan
Authors: Jazilah Ramly (P70912)
Supervisor: Muhamad Razak Idris, Dr.
Keywords: Dialog antara agama
Dialogue -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 16-Jan-2017
Description: Dialog antara agama merupakan suatu pendekatan bagi menangani fenomena kepelbagaian dan kemajmukan dalam masyarakat. Dalam konteks negara Malaysia yang bersifat majmuk rencam kaum dan agama, peranan pengamalan dialog antara agama digerakkan oleh pelbagai pihak melibatkan peranan individu dan organisasi. Hidayah Centre Foundation Negeri Sembilan (HCFNS) adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara aktif menjayakan pendekatan dan amalan dialog antara agama. Kajian ini memfokuskan pendekatan dan amalan dialog antara agama yang dipraktikkan oleh HCFNS. Kajian ini bertujuan mengkaji realiti dialog antara agama di Malaysia dari sudut teori, amalan dan penerimaannya pada hari ini dan mengenal pasti bentuk pendekatan dan amalan dialog antara agama yang dilaksanakan oleh HCFNS. Selain itu, kajian ini menganalisis bentuk-bentuk halangan terhadap pendekatan dan amalan dialog antara agama yang dilaksanakan oleh HCFNS. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang melibatkan kajian kes berkaitan organisasi yang dikaji iaitu HCFNS. Metode pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual, rakaman dan observasi. Di samping itu, kajian ini melibatkan analisis sejumlah dokumen-dokumen pertubuhan seperti data bertulis dan laman sesawang. Hasil kajian menunjukkan bahawa, pendekatan utama amalan dialog antara agama yang dipraktikkan oleh HCFNS adalah berbentuk dialog intelektualisme dan dialog sosial dan kehidupan melalui pelbagai amalan yang dilaksanakan, halangan-halangan yang dihadapi dalam melaksanakan dialog antara agama dikategorikan kepada faktor dalaman iaitu sumber tenaga kerja dan kewangan dan faktor luaran iaitu sikap yang tidak terbuka dalam menangani isu yang membabitkan agama dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh HCFNS. Pendekatan dan amalan HCFNS dalam aktiviti dialog antara agama adalah usaha yang perlu diketengahkan. Pendekatan organisasi ini mempunyai ciri yang unik iaitu memperkenalkan dialog sebagai satu budaya dalam kalangan masyarakat Islam serta mendekatkan dan memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Variasi pendekatan dan amalan yang dipraktikkan oleh HCFNS memberi kesan positif dalam pembudayaan dialog antara agama sebagai amalan positif untuk membangun negara Malaysia yang muhibah dan sejahtera.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 179
Call Number: BP190.5.D53J349 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98617+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.