Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459249
Title: Pelaksanaan zakat terhadap orang kurang upaya (OKU) penglihatan serta cabaran: kajian di Terengganu
Authors: Nabihah Ismail @ Ghazali (P73411)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Zakat
OKU penglihatan
Zakat -- Terengganu
Issue Date: 23-Aug-2017
Description: Pengurusan zakat melibatkan proses mengutip dan mengagihkan zakat kepada asnaf. Al-Quran telah menetapkan lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Namun, beberapa tahun lepas terdapat cadangan daripada beberapa orang tokoh untuk memasukkan OKU atau organisasi yang menguruskan OKU ke dalam asnaf fī sabīlillah atau al-Riqāb. Ia merupakan cadangan yang baik dan perlu mendapat pertimbangan daripada pihak berwajib. Kewajipan zakat juga tidak dikecualikan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk memudahkan masyarakat menunaikan zakat termasuk sistem zakat berkomputer. Namun, kemudahan tersebut tidak begitu relevan bagi golongan OKU penglihatan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep zakat dan kedudukan OKU penglihatan sebagai asnaf, mengenal pasti pelaksanaan zakat oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) bagi OKU penglihatan di Terengganu serta menganalisa cabaran yang dihadapi oleh OKU penglihatan dalam menunaikan dan menerima zakat di Terengganu. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes yang melibatkan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (PERTIS) Terengganu dan pihak MAIDAM. Kajian ini menggunakan sampel kajian yang terdiri daripada 7 orang yang termasuk Pengerusi PERTIS, 5 orang OKU penglihatan dan Pegawai Zakat MAIDAM. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur serta dikukuhkan dengan hasil pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati masih tiada penetapan kedudukan OKU penglihatan sebagai asnaf. Dapatan juga menunjukkan pengutipan dan pengagihan zakat oleh MAIDAM bagi OKU penglihatan masih kurang memuaskan. Kajian ini juga menunjukkan tidak ramai golongan OKU penglihatan menunaikan zakat disebabkan beberapa cabaran termasuk cabaran ekonomi, cabaran kemudahan dan perkhidmatan, cabaran informasi dan maklumat, dan sebagainya. Implikasi kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak MAIDAM dalam membuat penambahbaikan pada perkhidmatan bagi OKU penglihatan. Kajian ini juga membantu masyarakat memahami peranan mereka dalam membantu pihak institusi zakat dan OKU penglihatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 154
Call Number: BP180.N334 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98615+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.