Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459244
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhamad Faisal Asha'ari, Dr. | |
dc.contributor.author | Firdaus Mokhtar (P60501) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:48:56Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:48:56Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98255 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459244 | - |
dc.description | Bilangan Masjid di Malaysia kini melebihi 6089 buah. Secara umumnya, jumlah ini boleh menampung bilangan umat Islam yang dianggarkan berjumlah 19,482,400 orang atau 68.6.1% dari keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 28,400,000 orang. Ini bermakna nisbah antara Masjid dan masyarakat Islam dianggarkan 1:3400 orang. Dengan mengambil kira bilangan kanak-kanak dan orang yang mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, nisbah ini masih sangat jauh untuk dicapai terutamanya dalam solat harian. Kehadiran sangat ramai dalam Solat Jumaat, Solat Tarawikh dan Solat Hari Raya atau sekiranya ada upacara tertentu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecenderungan masyarakat Islam menjauhi institusi Masjid. Seterusnya untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat Islam menjauhi institusi Masjid. Selain itu, kajian ini juga untuk mengkaji penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menarik masyarakat mengimarahkan Masjid. Kaedah kajian kualitatif dipilih menerusi Instrumen temubual separa berstruktur. Temubual ini melibatkan sepuluh orang informan dengan tujuh soalan dikemukakan. Informan terdiri daripada imam, pegawai agama serta bekas pentadbir Masjid. Hasil penelitian menunjukkan 8/10 informan bersetuju kecenderungan menjauhi Masjid sememangnya berlaku, walau bagaimanapun, tahapnya berbeza mengikut tempat dan keadaan. Terdapat enam faktor utama yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut iaitu faktor pengurusan pentadbiran, faktor individu, faktor pengurusan kewangan, faktor akhlak imam dan pegawai yang dilantik, faktor kemudahan asas kurang sempurna dan faktor lokasi yang kurang strategik. Hasil penelitian juga dapat mengenalpasti tujuh penambahbaikan yang perlu di lakukan bagi mengimarahkan Masjid iaitu menambahbaik pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan, mempelbagaikan fungsi Masjid, mengamalkan sikap mesra pengunjung, memantapkan akhlak imam dan pegawai Masjid yang dilantik, menambahbaik kemudahan asas dan memilih lokasi strategik. Sumbangan kajian ialah dari sudut memperkukuhkan peranan Masjid bagi menarik kehadiran dengan menjayakan aktiviti masyarakat sesuai dengan fungsi Masjid bukan sekadar sebagai tempat ibadah khusus sahaja.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Imarah | |
dc.subject | Ibadah | |
dc.subject | Aktiviti masyarakat | |
dc.subject | Muslims -- Malaysia | |
dc.title | Kecenderungan masyarakat Islam menjauhi institusi masjid di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 157 | |
dc.identifier.callno | BP63.M4F537 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003118(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98255+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 431.03 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.