Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459243
Title: Penghayatan Islam melalui pelajaran Pengetahuan Ugama Islam (PUI) dalam kalangan pelajar sekolah menengah Kementerian Pendidikan di negara Brunei Darussalam
Authors: Fairuz Haji Abdul Rahman (P73399)
Supervisor: Ahmad Irdha Mokhtar, Dr.
Keywords: Pendidikan Islam
Penghayatan
Sukatan pelajaran
Islam -- Study and teaching (Secondary) -- Brunei
Issue Date: 1-Nov-2016
Description: Penghayatan Islam pelajar akan mencorakkan agama sesebuah negara kerana mereka bakal menjadi peneraju umat masa depan. Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengeluarkan titah supaya sistem pelajaran Pengetahuan Ugama Islam (PUI) dalam Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN 21) di Brunei Darussalam diubah kerana pelajaran PUI amat penting bagi memberi pendidikan Islam yang formal demi membanteras gejala sosial dan segala unsur negatif yang menyebabkan penghayatan Islam yang lemah dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sistem pelajaran PUI dan mengenal pasti pendekatan yang digunakan dalam menghayati Islam. Ia juga bertujuan untuk menganalisis penghayatan Islam pelajar sekolah menengah Kementerian Pendidikan Brunei melalui sukatan pelajaran tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif. Instrumen soal selidik digunakan terhadap 102 orang pelajar daripada tiga buah sekolah menengah Kementerian Pendidikan di Daerah Brunei Muara bagi memperolehi data. Kemudian data tersebut dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratusan, peratusan min, min dan sisihan piawai dengan menggunakan program Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian mendapati bahawa sistem pelajaran PUI pada awalnya diaplikasikan bermula dari tahun 7 hingga tahun 9. Kemudian setelah SPN 21 dilaksanakan, ia telah dilanjutkan hingga tahun 11 atau 10 dan dibahagikan kepada dua aliran iaitu normal track dan fast track. PUI telah menggunakan pendekatan tafsir al-Quran, hadith, tauhid, fiqh dan sejarah Islam yang mana ia merangkumi semua aspek penghayatan Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Hasil kajian juga mendapati penghayatan Islam pelajar dari sudut akidah mencapai peringkat peratusan min yang tinggi sebanyak 95.0% responden. Akan tetapi, penghayatan mereka dari sudut ibadah dan akhlak mencapai peringkat yang sederhana tinggi dengan nilai min=3.58 dan min=3.53. Justeru itu, kajian ini membantu menyumbangkan maklumat kepada Kementerian Pendidikan Brunei dan Jabatan Pengajian Islam (JPI) tentang penghayatan Islam pelajar. Implikasi kajian ini mencadangkan pihak berkenaan untuk sama-sama berusaha mengemaskinikan sukatan pelajaran PUI dari masa ke masa serta mempertingkatkan lagi mutu pelajaran tersebut demi mencapai matlamat pendidikan Islam dan kerohanian pelajar.  ,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 149
Call Number: BP43.B7F335 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98254+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.