Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459242
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorRoslina Ismail (P67929)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:48:51Z-
dc.date.available2023-09-13T07:48:51Z-
dc.date.issued2017-07-06
dc.identifier.otherukmvital:98253
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459242-
dc.descriptionSetelah 12 tahun Program j-QAF diperkenalkan ia mula membuahkan nilai tambah kepada subjek tilawah al-Quran Pendidikan Islam sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. Namun ia telah menjadi isu nasional dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, ini kerana masih terdapat murid yang gagal membaca surah al-Fatihah dengan baik. Keberadaan murid-murid sekolah rendah yang menjejakkan kaki di sekolah menengah mula dipersoalkan lantaran tahap penguasaan bacaan al-Quran umumnya dan surah al-Fatihah khususnya mula dipertikaikan. Kajian ini membincangkan tahap penguasaan bacaan surah al-Fatihah dalam kalangan murid-murid tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan murid-murid tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. Ia juga bertujuan melihat faktor-faktor yang menyebabkan masih terdapat kesalahan dan kelemahan bacaan surah al-Fatihah dalam kalangan murid-murid tahun enam SK Sungai Pusu, Gombak. Kajian ini turut menganalisis pencapaian dan penguasaan bacaan al-Fatihah murid-murid tahun enam SK Sungai Pusu, Gombak. Metodologi kajian yang digunakan adalah berasaskan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui edaran instrumen soal selidik, dianalisis secara statistik deskriptif. Seramai 150 orang responden kajian dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu Daerah Gombak dipilih melalui pensampelan rawak mudah. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bacaan bertajwid surah al-Fatihah dalam kalangan murid-murid tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak adalah tinggi (min=3.56,sd=0.696). Dapatan kajian juga menunjukan bahawa faktor yang mempengaruhi kemahiran bertajwid adalah sederhana iaitu (min= 2.95, sd=0.733). Manakala analisis Kolerasi Peorson menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran bertajwid dengan aplikasi bacaan Surah al-Fatihah secara bertajwid ( r=-.015, p>0.01). Oleh itu, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa bacaan bertajwid surah al-Fatihah adalah sederhana. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak yang berwajib merangka dan mempelbagaikan program peningkatan kualiti bacaan murid-murid bagi memastikan kelestarian Program j-QAF terus berkembang dan mencapai objektif murni seperti yang termaktub dalam Buku Pelaksanaan j-QAF iaitu keberhasilan murid yang menguasai dan khatam al-Quran seawal usia 12 tahun.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectal-Fatihah
dc.subjectProgram j-Qaf
dc.subjectIslam -- Study and teaching (Primary) -- Malaysia
dc.titleTahap penguasaan bacaan surah al-Fatihah dalam kalangan murid-murid tahun enam program j-Qaf SK Sungai Pusu, Gombak
dc.typetheses
dc.format.pages114
dc.identifier.callnoBP43.M4R647 2017 tesis
dc.identifier.barcode003116(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98253+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.