Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459241
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ermy Azziaty Rozali, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Zahir Ismail (P69577) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:48:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:48:48Z | - |
dc.date.issued | 2017-03-29 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98252 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459241 | - |
dc.description | Wacana wasatiyyah merupakan isu dan polemik di hujung tahun 2010, yang lahir daripada hasrat kerajaan untuk mewujudkan perpaduan, kestabilan dan keharmonian. Dari sinilah wasatiyyah digagaskan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak melalui ucaptama dalam beberapa persidangan. Wasatiyyah menjadi tema penting wacana agama di Malaysia. Pelbagai tafsiran tentang konsep wasatiyyah membuktikan wacana wasatiyyah di Malaysia sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Berikutan itu, menunjukkan bahawa wacana wasatiyyah adalah satu isu yang perlu dikaji selepas tahun 2010 kerana kepelbagaian serta kerencaman itu, memerlukan satu penyusunan yang jelas supaya dapat mengelakkan kekeliruan terhadap konsep wasatiyyah dan sumbangannya di Malaysia. Objektif kajian adalah mengkaji bentuk dan kerangka wacana wasatiyyah di Malaysia. Di samping itu, meneliti idea pengisian wacana wasatiyyah dalam konteks masyarakat di Malaysia dan menganalisis sumbangan wacana wasatiyyah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang melibatkan analisis kandungan dan analisis wacana. Analisis kandungan dilakukan dengan mengenal pasti wacana wasatiyyah yang terdapat di Malaysia. Metode ini memerlukan kepada pengumpulan, penafsiran dan rumusan kepada wacana wasatiyyah. Manakala analisis wacana untuk mencerakinkan wacana wasatiyyah berdasarkan tema tertentu. Metode pengumpulan data bagi kajian ini terbahagi kepada dua kaedah, iaitu kaedah analisis dokumen dan temubual tidak berstruktur. Data-data yang diperolehi daripada sumber tersebut kemudiannya dianalisis melalui pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati lima sumber utama wacana wasatiyyah di Malaysia adalah akhbar, seminar, artikel akademik, syarahan dan siri ceramah umum. Melalui sumber-sumber ini terdapat tiga tema yang penting dalam wacana wasatiyyah di Malaysia iaitu tema sejarah dan masyarakat majmuk, pengurusan politik dan konflik serta tema akhlak. Ketiga-tiga tema ini memainkan peranan utama dalam proses menjayakan gagasan 1Malaysia. Ia akan memberi kefahaman terhadap penghayatan melalui sejarah Malaysia, menyedia kerangka pemikiran yang seimbang dan proses pembentukan akhlak masyarakat Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan muncul nilai kesederhanaan melalui wacana wasatiyyah yang dapat disesuaikan dengan konteks Malaysia hasil kombinasi antara wasatiyyah dengan budaya masyarakat Melayu. Kajian mencadangkan agar nilai kesederhanaan ini diterapkan dalam polisi-polisi kerajaan agar ia boleh diamalkan oleh kesemua etnik di Malaysia untuk mencapai keharmonian dan kestabilan negara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Wasatiyyah | |
dc.subject | Kesederhanaan | |
dc.subject | Moderation -- Religious aspects -- Islam | |
dc.title | Konsep dan wacana wasatiyyah di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 97 | |
dc.identifier.callno | BP188.16.M59M847 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003115(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98252+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 397.53 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.