Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459238
Title: Penawaran produk hibah patuh syariah: kajian di Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd.
Authors: Muhammad Fadzil 'Athif Khairuddin (P77151)
Supervisor: Noor Lizza Mohamed Said, Dr.
Keywords: Harta
Hibah
Wasiyyah Shoppe
Inheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia
Issue Date: 5-Jun-2016
Description: Industri perancangan dan pengurusan harta umat Islam di negara ini telah berkembang pesat dengan wujudnya pelbagai agensi yang menawarkan produk perancangan harta bagi umat Islam. Antara produk perancangan harta yang telah ditawarkan adalah produk hibah. Antara agensi yang menawarkan produk hibah sebagai salah satu bentuk pembahagian harta ialah syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. Syarikat ini telah menawarkan 21 bentuk hibah kepada masyarakat dan juga telah menyediakan hampir 19,370 dokumen hibah untuk pelanggannya setakat 31 Disember 2014. Namun demikian, dalam pasaran hari ini tiada garis panduan selaras yang dapat dijadikan rujukan dalam penawaran produk-produk hibah tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan menilai pandangan para sarjana berkaitan isu hibah serta mengkaji bentuk produk hibah yang ditawarkan oleh syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. dan menganalisis produk-produk tersebut sama ada bertepatan dengan kehendak syarak atau sebaliknya. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metode analisis dokumen dan temubual separa berstruktur bagi mendapatkan maklumat dengan jelas dan terperinci. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian terhadap penawaran produk hibah oleh syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. menunjukkan kepelbagaian bentuk hibah yang ditawarkan adalah bersandarkan kepada pandangan para sarjana yang terdapat perselisihan mengenainya. Namun, produk-produk hibah tersebut disandarkan kepada pandangan sarjana yang memenuhi keperluan semasa umat Islam. Kajian juga telah menghasilkan satu garis panduan penawaran produk hibah berdasarkan prinsip syarak dan maqasid al-sharicah. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas agensi perancangan dan pengurusan harta yang menawarkan produk hibah seperti syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. sendiri dalam usaha penambahbaikan produk sedia ada. Walaupun usaha ini mungkin untuk jangka masa pendek sahaja namun ia merupakan langkah yang baik selagi mana satu undang-undang khusus berkaitan hibah tidak digubal dimana-mana peringkat sama ada peringkat negeri atau persekutuan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 130
Call Number: BP158.I45M845 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98250+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
562.3 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.