Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459237
Title: Undang-undang wasiat dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) dan pelaksanaannya di Bandar Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia
Authors: Afriyanto Emri (P75231)
Supervisor: Noor Lizza Mohamed Said, Dr.
Keywords: Wasiat
Hukum Islam
Inheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia
Issue Date: 6-Sep-2016
Description: Wasiat merupakan salah satu daripada akad tabarruc yang digalakkan dalam Islam. Di Indonesia ketentuan wasiat telah ditetapkan dalam Kompilasi Hukum Islam dari fasal 194 hingga 207. Namun begitu terdapat beberapa peruntukan yang bertentangan dengan hukum Islam seperti pada fasal 197, iaitu orang yang menganiaya pewasiat tidak dibenarkan menerima wasiat dan pada fasal 207 menjelaskan bahawa wasiat tidak dibolehkan kepada perawat si mati dan kepada penasihat agama (ustaz) yang menasihati pesakit ketika nazak, kecuali hanya sekadar untuk membalas jasa perawat dan penasihat agama tersebut. Justeru objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peruntukkan undang-undang wasiat dalam Kompilasi Hukum Islam dan pelaksanaanya di Bandar Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kajian analisis kandungan dan lapangan. Data dikumpul melalui kaedah analisis dokumen primer, sekunder, dan kaedah temubual juga digunakan sebagai sokongan. Kaedah deskriptif, induktif dan perbandingan digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa Kompilasi Hukum Islam sangat memberi manfaat ke atas sebahagian besar masyarakat Bandar Bukittinggi Indonesia dalam pelaksanaan berwasiat. Kajian juga mendapati, terdapat beberapa perbezaan penting dalam perkara-perkara berkaitan wasiat yang diperuntukkan dalam Kompilasi Hukum Islam dengan pelaksanaan wasiat yang diamalkan oleh masyarakat Bandar Bukittinggi, Sumatera Barat Indonesia. Antaranya tahap umur pewasiat yang berbeza. Peruntukan dalam Kompilasi Hukum Islam dan pelaksanaannya dalam masyarakat, begitu juga wasiat kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan dan yang memberi tuntunan kerohanian sewaktu ia menderita sakit hingga meninggalnya kecuali dijelaskan dengan tegas dan jelas untuk membalas jasa. Namun begitu perbezaan yang wujud tidak mengurangi dasar hukum yang ada dalam Kompilasi Hukum Islam. Prosedur berwasiat di kalangan masyarakat Bandar Bukittinggi terdapat sedikit kesukaran dalam pentadbiran. Hasil kajian ini memberikan impak kepada pihak berkuasa dan masyarakat dalam melaksanakan wasiat mengikut hukum Islam yang sebenar.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 170
Call Number: BP158.I45A35 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98249+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.