Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459236
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Dr.
dc.contributor.authorZakaria Abdullah (P69904)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:48:35Z-
dc.date.available2023-09-13T07:48:35Z-
dc.date.issued2017-06-05
dc.identifier.otherukmvital:98248
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459236-
dc.descriptionTerdapat 46 perkataan zinah dalam al-Quran. Allah SWT mengulang-ulang memaparkan perkataan itu serta pecahannya (tasrif) dalam berbagai surah samada Makkiyah atau Madaniyah. Perkataan zinah secara umumnya bermaksud perhiasan yang dilakukan untuk mengindahkan sesuatu. Dari berbagai bentuk perkataan itu menimbulkan berbagai maksud serta tema yang berbeza. Kepelbagaian pentafsiran para ulama tafsir terhadap maksud perkataan zinah yang terkandung dalam ayat Makkiyah atau Madaniyah. Justeru kajian ini bertujuan menganalisis bentuk perkataan zinah dalam kategori Makkiyah dan Madaniyah, mengkaji pentafsiran para ulama dan menganalisis ayat-ayat zinah dengan tema penekanan masing-masing. Metodologi kajian ialah secara kualitatif menggunakan pendekatan Tafsir Mawduci, dengan mengumpulkan seluruh ayat-ayat yang menyebutkan tentang zinah, menyusun mengikut Makkiyah dan Madaniyah. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dengan merujuk Kitab-kitab Tafsir. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk perkataan zinah dalam kategori Makkiyah dan Madaniyah jelas memberi maksud dan tema yang berbeza, namun tema akidah adalah merentasi ke dua kategori tersebut. Penggunaan zinah dalam kategori Makkiyah sebagai satu jalan untuk memantapkan akidah kepada Allah SWT sesuai dengan tema ayat-ayat Makkiyah, manakala zinah kategori Madaniyah digunakan sebagai perhiasan menyeluruh kepada manusia yang merangkumi keimanan, keislaman dan ihsan. Implikasi kajian membuktikan bahawa kepelbagaian tafsiran terhadap maksud perkataan dan tema zinah adalah bersesuaian dengan keperluan metode dakwah semasa di Mekah dan Madinah. Sehubungan dengan itu, al-Quran membentangkan isu zinah sebagai peringatan untuk manusia dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara dan tidak melupakan kehidupan akhirat yang kekal.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPentafsiran
dc.subjectPerhiasan
dc.subjectTema
dc.subjectAesthetics in the Qur'an
dc.titlePerkataan zinah berdasarkan Makkiyah dan Madaniyah dalam al-Quran
dc.typetheses
dc.format.pages162
dc.identifier.callnoBP134.A38Z337 2017 tesis
dc.identifier.barcode003111(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98248+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.