Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459235
Title: | Metodologi Qira'at dan kesan pentafsirannya dalam tafsir Hadaiq al-Rawh wa al-Rayhan fi Rawabi 'Ulum al-Quran |
Authors: | Muhammad Nawaf Azimi (P64050) |
Supervisor: | Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr. |
Keywords: | al-Quran Qira'at Tafsir Qur'an -- Readings |
Issue Date: | 17-Aug-2017 |
Description: | Kajian ini berkaitan dengan metodologi Qira'at di dalam sebuah tafsir kontemporari yang iaitu Hadaiq al-Rawh wa al-Rayhan fi Rawabi 'Ulum al-Quran karangan Shaykh Muhammad al-Amin al-Harari. Kepentingan mengetahui serta memahami metodologi Qira'at yang digunakan oleh mufassir di dalam sebuah tafsir dianggap sebagai salah satu disipin ilmu yang utama. Namun demikian, kebanyakan daripada pentafsir dilihat tidak menekankan secara khusus metodologi Qira'at dan mereka lebih menfokuskan kepada metodologi lain seperti Tafsir, Hadith, Fiqh dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kesilapan dalam memahami serta mengkaji sesebuah tafsir khususnya terhadap perbahasan Qira'at. Oleh demikian, kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis dengan lebih mendalam terhadap metodologi Qira'at serta kesan pentafsiran yang digayakan oleh pentafsir dalam tafsir ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan analisis dokumen dengan menjadikan tafsir ini sebagai sumber primer. Seterusnya, data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan pendekatan induktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai perbahasan wujuh al-Qira'at yang digunakan oleh pentafsir sama ada melalui tariq al-Shatibiyyah atau al-Jazariyyah. Namun, pentafsir dilihat lebih cenderung menggunakan tariq al-Shatibiyyah yang merangkumi aspek penisbahan, tawjih al-Qira'at, usul dan farsh hurf dan beliau juga menggunakan istilah tertentu dalam menyatakan status wujuh Qira'at serta meninggalkan metode tarjih al-Qira'at. Kajian juga telah memurnikan lima perkara mengikut ketepatan disiplin ilmu Qira'at iaitu penisbahan yang lengkap, ketepatan dalam terma ilmu Qira'at, riwayat Qira'at yang dinisbahkan kepada Qurra', status yang diletakkan secara konsisten dan kesempurnaan dalam rantaian perawi atau turuq. Kesan wujudnya pelbagai gaya bacaan di dalam tafsir ini telah menerangkan makna dan mufradat kalimah dengan jelas, kekeliruan dalam memahami sesuatu ayat dapat dielakkan dan pengetahuan berkaitan perbezaan fiqh membantu para fuqaha' dalam menistinbat sesuatu hukum. Kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji dan orang awam dalam melihat metodologi penulisan Qira'at seorang pentafsir melalui karya kontemporarinya. Di samping itu, dapat memberi penerangan yang lebih jelas bagi setiap pentafsiran ayat al-Quran dengan keberadaan wujuh al-Qira'at serta menjadikan tafsir ini sebagai salah satu daripada rujukan utama bidang Qira'at.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 180 |
Call Number: | BP131.5.M838 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98247+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 493.59 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.