Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459233
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosmawati Mohamad Rasit, Dr.
dc.contributor.authorRosmawati Razak (P70972)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:48:28Z-
dc.date.available2023-09-13T07:48:28Z-
dc.date.issued2016-12-02
dc.identifier.otherukmvital:98204
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459233-
dc.descriptionFilem merupakan media yang berpengaruh terutamanya dalam memberi kesan negatif terhadap tingkah laku khalayak. Walaubagaimanapun, kajian filem juga menerima peranan filem sebagai medium untuk menyebarkan mesej yang baik. Namun begitu, sejauhmana keupayaan media filem ini menayangkan mesej-mesej dakwah dalam konteks yang sebenar terhadap khalayak perlu dikaji secara lebih mendalam. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi responden terhadap pendedahan mesej dakwah dalam filem, mengenalpasti tahap penontonan filem berunsur dakwah dalam kalangan responden dan mengkaji hubungan di antara penontonan filem berunsur dakwah dengan pendedahan mesej dakwah dalam filem. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada pengedaran instrumen soal selidik dan data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Seramai 552 orang pelajar Islam Politeknik di Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian melalui kaedah pensampelan kelompok dua tahap yang menggabungkan kaedah pensampelan kelompok dan pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati, pendedahan mesej dakwah dalam filem dalam kalangan responden berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.29 manakala tahap penontonan filem berunsur dakwah dalam kalangan responden berada pada tahap yang rendah dengan skor min 1.88. Selain itu, terdapat perkaitan positif dan hubungan yang signifikan di antara penontonan filem berunsur dakwah dengan pendedahan mesej dakwah dalam filem dengan kekuatan hubungan yang sangat lemah iaitu (r=0.185,...=0.00). Kajian ini memberi implikasi terhadap perkembangan dakwah melalui medium filem. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak yang bertanggungjawab khususnya Jabatan Pendidikan Politeknik serta mereka yang terlibat dengan Program Pengajian Video dan Filem dalam mengetengahkan filem-filem berunsur dakwah serta mendedahkan mesej-mesej dakwah melalui filem terhadap para pelajar.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMedia filem
dc.subjectMesej dakwah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePendedahan mesej dakwah dalam filem dalam kalangan pelajar Islam politeknik di Lembah Klang
dc.typetheses
dc.format.pages100
dc.identifier.barcode003107(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98204+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.