Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459224
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ermy Azziaty Rozali, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Ainul Basyirah Alias (P77121) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:48:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:48:04Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98143 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459224 | - |
dc.description | Kajian ini meneliti perkembangan wakaf kesihatan Hospital Fātih di Istanbul dan pengurusannya pada abad ke-15M. Ini termasuklah analisis terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat pada ketika itu, dana wakaf serta peranan Sultan Mehmet II. Kajian oleh Mansel menunjukkan bahawa hospital wakaf ini mendapat peruntukan khusus daripada Sultan Mehmet II. Walau bagaimanapun, bermula pada tahun 1658M, Hospital Fātih semakin kurang mendapat peruntukan dan perhatian masyarakat malah lebih awal ditutup berbanding hospital wakaf lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejarah perkembangan institusi wakaf kesihatan dalam kerajaan Uthmāniyyah, terutamanya pembangunan Hospital Fātih, menganalisis sumber kewangan dan dana Hospital Fātih seterusnya menilai fungsi dan sumbangan hospital ini dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Dari segi metode, kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan pendekatan kajian sejarah. Pengumpulan data pula menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Manakala, kaedah penganalisisan data menggunakan pendekatan deduktif dalam menganalisis data dan maklumat. Hasil kajian ini mendapati Hospital Fātih mendapat dana wakaf daripada institusi wakaf Sultan Mehmet II seperti unit lain dalam kompleks Fātih. Melalui dana wakaf ini, pelbagai kegiatan hospital dapat dijalankan secara sistematik, termasuklah pembayaran gaji harian doktor, jururawat dan para petugas di Hospital Fātih. Hospital ini menghentikan operasinya pada pertengahan abad ke-19M kerana beberapa faktor tertentu, seperti gempa bumi yang memusnahkan sebahagian besar bangunan hospital. Selain itu, perubahan sistem pengurusan wakaf di Istanbul juga merupakan salah satu faktor hospital ini tidak lagi memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat. Namun begitu, tapak kompleks Fātih masih lagi dapat dilihat sehingga sekarang. Sumbangan kajian ini contohnya memberi pengetahuan kepada para pengkaji sejarah berkaitan kewujudan institusi berasaskan wakaf yang memfokuskan isu keadilan sosial dalam pemerintahan kerajaan Uthmāniyyah. Di samping itu, implikasi kajian ini dapat memberikan input kepada perancangan dan pembinaan hospital wakaf di negara Malaysia atau penggubalan dasar berkaitan rawatan dan ubatan percuma kepada golongan yang memerlukan.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dana wakaf | - |
dc.subject | Waqf -- Health aspects -- Turkey -- Istanbul | - |
dc.title | Perkembangan wakaf kesihatan Hospital Fātih di Istanbul | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 139 | - |
dc.identifier.callno | BP170.25.N847 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003073(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 23.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.