Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459223
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haziyah Hussin, Dr. | |
dc.contributor.author | Masitah Ismail (P60426) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:48:01Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:48:01Z | - |
dc.date.issued | 2017-05-28 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98142 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459223 | - |
dc.description | Tahap penguasaan pelajar dalam Tilawah al-Quran secara bertajwid berada di tahap kurang memuaskan. Salah satu faktor kelemahan tahap penguasaan tilawah al-Quran secara bertajwid adalah disebabkan teknik pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Justeru itu penggunaan teknik yang betul dapat membantu tahap penguasaan pelajar dalam Tilawah al-Quran secara bertajwid. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan teknik al-Matien sebagai satu teknik pengajaran al-Quran yang mampu mengatasi masalah buta al-Quran dan celik tajwid. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen dalam ujian pra dan pasca yang melibatkan 30 orang responden. Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Responden terdiri daripada murid tahun 1 dibahagi kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Responden diuji dalam ujian pra dan pasca berkaitan dengan penguasaan dalam ilmu tajwid. Data kajian dianalisa menggunakan Pakej Perisian Statistik untuk Sains Sosial versi 20.0. Data kajian dianalisis menggunakan ujian t berpasangan bagi menganalisis dua kategori iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala ujian t tak bersandar digunakan bagi menganalisis hasil ujian pra dan pasca bagi menilai sama ada signifikan atau tidak teknik al-Matien diaplikasi dalam pengajaran al Quran. Berdasarkan analisis ujian t, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Hasil ujian pra menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara responden kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Hasil ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang sangat signifikan bagi responden kumpulan eksperimen, di mana nilai t=4.724, dengan p<0.05. Apabila nilai p=0.00 maka terdapat perbezaan yang sangat signifikan pengajaran secara al-Matien kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Manakala tahap skor pencapaian responden dengan teknik al- Matien lebih tinggi iaitu (66.7%) mendapat gred A berbanding responden kumpulan kawalan iaitu (6.7%) mendapat gred A. Kesimpulannya responden kumpulan eksperimen lebih menguasai tajwid setelah diajar dengan teknik al-Matien. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik al-Matien mampu meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran secara bertajwid. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi anjakan teknik kemahiran mengajar al-Quran secara lebih komprehensif dan terkini kepada guru-guru al-Quran di sekolah -sekolah di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tilawah al-Quran | |
dc.subject | Tajwid | |
dc.subject | Qur'an -- Readings -- Study and teaching (Primary) -- Malaysia -- Negeri Sembilan | |
dc.title | Aplikasi kaedah al-Matien dalam pengajaran al-Quran di Sekolah Kebangsaan Wawasan, Negeri Sembilan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 118 | |
dc.identifier.callno | BP131.5.M347 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003072(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98142+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 61.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.