Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459221
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosmawati Mohamad Rasit, Dr.
dc.contributor.authorNur Hazriani Razali (P68738)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:47:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:47:55Z-
dc.date.issued2017-03-30
dc.identifier.otherukmvital:98134
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459221-
dc.descriptionIstilah patuh syariah dalam filem kini mula mendapat perhatian dan menjadi fenomena dalam kalangan ahli akademik dan penggiat industri perfileman negara. Banyak wacana-wacana serta perbahasan mengenai patuh syariah di anjurkan di institusi pengajian tinggi negara serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dalam usaha untuk memberi kefahaman mengenai patuh syariah di dalam filem. Berdasarkan fenomena ini, semakin ramai pihak seperti ahli akademik, penggiat filem dan badan berkanun mulai sedar tentang kepentingan patuh syariah di dalam filem. Oleh itu menerusi kajian ini pengkaji ingin melihat sudut pandang audien berkaitan filem patuh syariah kerana penonton di negara ini kurang pendedahan tentang filem patuh syariah kerana dalam konteks realiti industri perfileman negara, penonton di Malaysia hanya disajikan dengan filem-filem genre cinta, seram dan aksi yang mendominasi tayangan di pawagam-pawagam dan stesen TV Malaysia. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perspektif serta pandangan audien terhadap konsep filem patuh syariah. Seterusnya mengkaji pandangan audien terhadap filem genre Islamik sebagai satu indikator untuk melihat kefahaman filem patuh syariah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap kesedaran audien filem terhadap patuh syariah dalam filem sebagai medium penyebaran dakwah. Kajian ini menggunakan pendekatan Teori Analisis Resepsi sebagai panduan untuk mengenal pasti dan memahami pandangan yang diberikan oleh audien yang berbeza latar belakang pengajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui pendekatan fenomenologi. Kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah temu bual kumpulan perbincangan fokus. Responden dipilih melalui kaedah pemilihan sampel bertujuan dan audien filem UKM dipilih sebagai responden. Manakala data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis perbandingan konstan. Hasil kajian mendapati bahawa informan memahami konsep patuh syariah dalam filem kerana mereka dapat mengenal pasti elemen-elemen patuh syariah dan elemen yang tidak mematuhi Syariah menerusi filem-filem genre Islamik yang pernah ditonton. Informan dalam kajian ini juga mempunyai tahap kesedaran yang tinggi filem patuh syariah dalam usaha untuk menjadikan filem sebagai saluran dakwah yang berkesan. Hasil kajian juga mendapati wujudnya hubungan antara Teori Analisis Resepsi dalam mempengaruhi persepsi informan terhadap filem patuh syariah. Implikasi kajian diharap dapat memberi kesedaran tentang kepentingan konsep patuh syariah dalam filem sebagai medium yang efektif dalam menyampaikan nilai-nilai dan menegakkan amar makruf kepada masyarakat.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectTahap kesedaran
dc.subjectTeori Analisis Resepsi
dc.subjectMotion pictures -- Religious aspects -- Islam
dc.titleKajian fenomenologi filem patuh syariah sebagai medium dakwah dalam kalangan audien filem di UKM
dc.typetheses
dc.format.pages131
dc.identifier.callnoBP190.5.M68N847 2017 tesis
dc.identifier.barcode003070(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98134+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
80.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.