Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459219
Title: Tahap kefahaman ibu bapa terhadap hukum dan hukuman rotan anak-anak menurut Islam
Authors: Raja Sumaiyyah Raja Ibrahim (P70954)
Supervisor: Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dato' Dr.
Keywords: Hukuman rotan
Discipline of children
Issue Date: 25-Apr-2017
Description: Penggunaan rotan oleh ibu bapa pada anak-anak dengan tujuan pendidikan berupaya melahirkan anak-anak yang bersikap positif serta berakhlak mulia. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang menyalahgunakan rotan sebagai hukuman untuk mendidik sehingga menyebabkan kecederaan pada anggota badan anak-anak. Hal ini disebabkan kerana kesalahfahaman sesetengah ibu bapa terhadap hukum merotan dan cara pelaksanaan hukuman rotan. Justeru, objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji berkenaan hukum merotan serta cara pelaksanaan hukuman rotan menurut pandangan sarjana Islam. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman ibu bapa terhadap hukum merotan dan pelaksanaan hukuman rotan pada anak-anak berdasarkan tahap pendidikan dan pengetahuan agama ibu bapa. Di samping itu, kajian ini juga turut bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara kefahaman berkenaan hukum merotan dan pelaksanaan hukuman rotan ibu bapa pada anak-anak. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif. Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, min dan sisihan piawai. Seramai 300 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada ibu bapa yang tinggal di Bandar Baru Bangi. Pemilihan sampel kajian adalah berdasar persampelan secara rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi bagi semua item dalam soal selidik yang digunakan adalah tinggi iaitu 0.976. Hasil dapatan kajian daripada analisis deskriptif mendapati bahawa skor min bagi tahap kefahaman ibu bapa terhadap hukum merotan adalah 3.19 dan hukuman rotan adalah 3.18. Manakala nilai skor min bagi pengamalan hukum merotan adalah 3.16 dan tindakan hukuman rotan pula 3.04. Implikasi daripada kajian ini, pentingnya ibu bapa meningkatkan pengetahuan agama berkenaan hukum dan cara pelaksanaan hukuman rotan anak-anak agar boleh mengamalkannya mengikut landasan yang ditetapkan Islam. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada para pendidik dan ibu bapa khususnya terhadap pelaksanaan hukuman rotan anak-anak mengikut hukum Islam serta memberi impak yang positif bagi melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 136
Call Number: HQ770.4.R335 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98131+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.