Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459212
Title: Terjemahan Al-Quran secara harfiah sebuah kajian perbandingan
Authors: Masyhuri Putra (P25419)
Supervisor: Ismail Yusoff, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr.
Keywords: Qur'an - Translating
Issue Date: 21-Jun-2012
Description: Negeri Islam Nusantara memiliki khazanah keilmuan yang bernilai tinggi, terutamanya di bidang terjemahan al-Qur'an yang perlu didedahkan sebagai satu sumbangan kepada memperkaya khazanah intelektual Islam. Kajian ini membincangkan salah satu bentuk terjemahan al-Qur'an di Indonesia dan Malaysia, iaitu penterjemahan al-Qur'an secara harfiah ditinjau dari sudut pandangan metodologi dan kecenderungan yang digunakan. Dikaitkan dengan kajian dan analisis terhadap beberapa penterjemahan yang cenderung salah dan keliru menurut perspektif ilmu al-Qur'an. Kesalahan terjemahan al-Qur’ān secara harfiah boleh membawa kepada penyimpangan, sama ada dari aspek aqidah, ibadah mahupun akhlaq. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti terjemahan al-Qur’ān secara harfiah ke dalam Bahasa Melayu. Terutamanya terjemahan al-Qur’ān secara harfiah ke atas buku 'Bacaan' karya Othman Ali dan buku 'Bacaan Mulia' karya H.B. Jassin. Mendalami secara pasti metodologi penterjemahan al-Qur’ān secara harfiah yang dilakukan dalam masing-masing karya mereka. Mengembalikan Icjaz al-Qur’ān dari aspek bahasanya, ia tetap menjadi mukjizat dari aspek bahasanya walaupun sudah diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain. Penelitian ini bersifat kepustakaan dengan menggunakan metod deskriptif analitis, adapun metod analisis yang diguna-pakai adalah gabungan antara deduktif, induktif dan komparatif. Kajian ini dilakukan dalam bentuk analisis dan perbandingan yang telah dilakukan ke atas buku 'Bacaan' karya Othman Ali, dan 'Bacaan Mulia' karya HB. Jassin, yang ternyata banyak terjadi kontroversi di tengah masyarakat. Terjemahan harfiah ini dibandingkan dengan pelbagai terjemahan yang sudah diperakui oleh para ulama dan pelbagai kitab tafsir serta kamus dalam bahasa Arab dan Melayu. Kajian mendapatkan, berlakunya kesalahan terjemahan al-Qur’ān secara harfiah disebabkan oleh penterjemah yang kurang menguasai bahasa Arab dan pelbagai disiplin ilmu yang berhubung-kait dengannya. Sebagaimana penterjemah tidak dapat menentukan makna yang sebenar dan yang dikehendaki dari sebuah kata maupun susunan ayat. Daripada terjemahan ini banyak didapati kesalahan dan kekeliruan yang boleh membawa kepada pemahaman yang menyimpang, keliru dan bahkan menyesatkan.,Ph.D
Pages: 204
Call Number: BP131.13.M346 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85084+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.