Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459208
Title: | Pentadbiran harta pusaka kecil orang Islam di Malaysia : kajian kes tertangguh di negeri Kelantan |
Authors: | Rina Fakhizan binti Mohd Sukri. (P44819) |
Supervisor: | Mohd Ridzuan Awang Prof. Madya |
Keywords: | Inheritance and succession (Islamic law) - Malaysia - Kelantan. |
Issue Date: | 1-Aug-2011 |
Description: | Di Malaysia terdapat dua peruntukan yang berbeza berkaitan dengan undang-undang dan pentadbiran pusaka orang Islam iaitu Senarai 2(1) iaitu Senarai Negeri dan Senarai 1(4)(e) iaitu Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kepada kedua-dua senarai tersebut undang-undang pusaka orang Islam terletak dibawah bidang kuasa negeri-negeri, manakala pentadbirannya pula terletak di bawah bidng kuasa Kerajaan Persekutuan. Kajian ini merupakan kajian kes pusaka yang tertangguh di Negeri Kelantan dari tahun 2000 sehingga 2008. Objektif kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui pentadbiran harta pusaka kecil orang-orang Islam di Malaysia dan undang-undang yang diguna pakai. Penulis juga mengkaji kes harta pusaka yang tertangguh di antara tahun 2000 sehingga 2008 di Negeri Kelantan dan mengenalpasti punca-punca berlakunya penangguhan pembahagian harta pusaka di Negeri Kelantan. Untuk tujuan ini, penulis menggunakan dua metode kajian iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan untuk mendapatkan maklumat dan data-data berkaitan kes pusaka tertangguh dengan di sokong oleh Pegawai Penyelesai Pusaka Negeri Kelantan. Hasil kajian mendapati bahawa berlakunya kes harta pusaka tertangguh adalah berpunca dari ahli waris itu sendiri sama ada ahli waris tidak datang semasa perbicaraan atau pun tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat. Tidak dinafikan juga, masalah berpunca dari pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) itu sendiri di mana kebanyakan disebabkan oleh kakitangan JKPTG yang tidak mencukupi untuk menguruskan kes-kes pusaka. Dengan itu, JKPTG membuat beberapa program bersama rakyat untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang pentingnya tuntutan harta pusaka. There are two different regulation of Muslims' Probate and Succession Law in Malaysia, namely List 2(1) of State List and List 1(4)(e) of Federal List in Schedule 9 of Federal Constitution. Based on both laws, Muslims' Probate and Succession Law is within the states jurisdiction, while the administration of that laws is within the Federal Jurisdiction. The study is done in adjourned cases in Kelantan since year 2000 till 2008. The study were to identify and to recognize the administration of Muslims' small estate in Malaysia, their laws and regulations and ascertain causes of adjournment. Two methods were used for the study; library research and field works to collect data and information's regarding the adjournment of cases and supported by the administrative Officer of Small Estate Distribution Section and Chief Director of Land and Mines Department in Kelantan. The finding of the study is that the heirs reason of the adjournment lies within the attitudes or the heirs of the succession, either their refused to attend the trial or their disagreement with the litigation. The shortage of staff in the Department of Chief of Land and Mines is also one contributing factors toward their adjournment. Therefore the study proposed the said department should formulate a programmed to have people as heirs of estates and understood the importance of estates claim.,Master / Sarjana |
Pages: | 118 |
Call Number: | BP158.I45 R535 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85074+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.