Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459203
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah bt Abd. Majid, Prof Madya. Dr.-
dc.contributor.authorMusa bin Mohamad (P62551)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:47:06Z-
dc.date.available2023-09-13T07:47:06Z-
dc.date.issued2014-01-23-
dc.identifier.otherukmvital:85060-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459203-
dc.descriptionKitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf merupakan sebuah khazanah Nusantara yang dikarang dalam bidang akidah Islamiah. Ia dijadikan kitab rujukan utama di institusi pengajian sekitar negeri Kelantan. Karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili ini telah memuatkan 105 buah hadith. Namun, status, kualiti dan sumber rujukan kesemua hadith tersebut tidak dinyatakan oleh pengarang. Justeru, analisis takhrij dilakukan untuk mengenal pasti sumber sesebuah hadith daripada Masadir Asliyyah serta menjelaskan status dan kualiti hadith-hadith tersebut samada Maqbul atau Mardud. Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan sumbangan pengarang dalam bidang ilmu hadith. Reka bentuk kajian adalah kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan; kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf merupakan data primer utama di samping menggunakan kitab-kitab takhrij dan kitab hadith yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sejumlah 93 buah hadith berkategori Maqbul dan 12 buah hadith adalah Mardud. Bagi kategori Maqbul dan Mardud kajian telah memperincikan kepada jumlah dan peratusan bagi status hadith seperti berikut; 90 buah hadith (85.71%) bertaraf Ṣaḥiḥ, 3 buah hadith berstatus Hasan (2.85%), 8 buah daripadanya adalah Dacif (7.62%), sebuah hadith Dacif Jiddan (0.92%), sebuah hadith Mungkar (0.92%) dan 2 buah hadith mawduc (1.9%). Tegasnya, kajian mendapati bahawa kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf menjadikan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sebagai sumber rujukan utama.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHadith - Authorities-
dc.titleStatus dan kualiti hadith dalam kitab perisai bagi sekelian mukallaf-
dc.typetheses-
dc.format.pages143-
dc.identifier.barcode002134-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85060+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.