Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459202
Title: | Pengurusan hak anak yatim menurut Islam di rumah Tunas harapan Darul Hilmi. |
Authors: | Raihanah binti Abdul Hadi (P50526) |
Supervisor: | Ibnor Azli Bin Ibrahim, Dr. |
Keywords: | Harta anak yatim Orphans - Management - Malaysia |
Issue Date: | 9-Sep-2013 |
Description: | Anak yatim mempunyai hak yang telah digariskan oleh syarak, demikian juga masyarakat Islam mempunyai tanggungjawab terhadap mereka yang telah disebutkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Namun, untuk memastikan pengurusan hak anak yatim dipenuhi dengan sempurna, maka pihak-pihak tertentu hendaklah melaksanakan segala saranan Islam, seperti hak perwalian, nafkah dan harta. Begitu juga peranan negara yang telah memperuntukkan undang-undang yang telah ditetapkan bagi kepentingan anak yatim. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji hak-hak dan tuntutan memelihara anak yatim menurut Islam dan undang-undang, mengenalpasti peranan masyarakat terhadap anak yatim menurut Islam, serta menganalisis khidmat dan sumbangan yang diusahakan oleh pihak Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan kajian kes sebagai rekabentuk kajian, menerusi dua method pengumpulan data iaitu pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur. Analisis kajian dilakukan secara deskriptif. Kajian ini mendapati pihak Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir, Kuala Terengganu telah cuba melaksanakan hak dan tanggungjawab sosial ini walaupun pengurusannya belum lengkap sepertimana yang disarankan oleh Islam, sekurang-kurangnya usaha ini adalah satu pendorong kepada orang lain yang ingin turut sama berganding bahu, demi menyahut saranan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Implikasi kajian yang dilaksanakan mampu untuk memperbaiki dan memahami maklumat yang sedia ada terhadap kepentingan anak yatim menurut Islam yang mempunyai keistimewaan berbanding kanak-kanak lain. Begitu juga bagi mana-mana pusat perlindungan anak yatim di Malaysia boleh menilai segala usaha yang telah ditonjolkan oleh pihak pengurusan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi dan dijadikan sebagai salah satu contoh tuntutan dan saranan yang amat digalakkan dalam Islam.,Master / Sarjana |
Pages: | 101 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85059+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.