Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459201
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamzuri Zakaria, En
dc.contributor.authorMuhammad Hifzan bin Yahaya (P58439)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:47:01Z-
dc.date.available2023-09-13T07:47:01Z-
dc.date.issued2014-01-03
dc.identifier.otherukmvital:85058
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459201-
dc.descriptionPembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan satu produk pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan. Namun, pengiraan mekanisma upah yang dikenakan terhadap penerima biaya yang juga merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta masih diperdebatkan oleh sebilangan sarjana di Malaysia kerana dikatakan masih mempunyai unsur riba. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji mekanisme ujrah dalam pembiayaan pendidikan oleh PTPTN dan menilai pelaksanaannya sama ada bertepatan dengan konsep upah dalam muamalat Islam. Pada asasnya kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan merujuk perbahasan-perbahasan berkaitan fiqh muamalat serta fatwa-fatwa yang diputuskan oleh majlis penasihat syariah Malaysia dan antarabangsa. Hasil kajian mendapati mekanisme pengiraan upah yang digunakan dalam pembiayaan pendidikan ini masih belum menepati disiplin muamalat Islam kerana ia tidak menggunakan kaedah pengiraan berasaskan kos sebenar sebagaimana yang ditetapkan ulama serta turut didapati mempunyai unsur riba dan persamaan dengan kaedah pengiraan faedah yang diamalkan oleh sistem perbankan konvensional. Selain itu, kadar upah satu peratus yang dikenakan juga adalah melebihi daripada anggaran kos pengurusan sebenar. Justeru, kajian telah mencadangkan satu pelan penyelesaian dengan menggunakan kaedah sebenar pengiraan caj pengurusan yang telah diperakui ulama antarabangsa serta lebih telus berasaskan kos sebenar. Kajian ini boleh memberikan sumbangan besar dalam bidang akademik kerana satu kajian menyeluruh berkenaan konsep ujrah dalam institusi selain perbankan Islam belum ada yang melakukannya. Implikasi kajian ini juga amat besar terutamanya kepada institusi PTPTN serta penerima biaya yang terlibat sebagai panduan dalam melaksanakan pembiayaan kewangan selaras syariah.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectEducation
dc.subjectHigher - Malaysia - Finance.
dc.titlePenilaian mekanisme ujrah dalam pembiayaan pendidikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
dc.typetheses
dc.format.pages126
dc.identifier.barcode002132
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85058+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.