Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459196
Title: | Pengaruh al-Quran al-Karim terhadap pidato Khulafa' Abbasiyah |
Authors: | Mohammad Kamil Jaafar (P38890) |
Supervisor: | Idris bin Abdullah, Prof. Dr. |
Keywords: | Abbasids - Literatures - Civilization |
Issue Date: | 1-Mar-2013 |
Description: | Kajian disertasi ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh uslūb al-Qur’ān al-Karīm terhadap pidato para Khalifah Banī al-cAbbās. Zaman ini terkenal sebagai zaman keemasan dan kegemilangan tamadun Islam termasuk kemajuan dalam genre sastera Arab cAbbāsi. Kajian ini juga menyingkap sikap dan kehidupan para khalifah Bani al-cAbbās yang mengambil cakna dan terlibat secara langsung memberi galakan moral dan material kepada kegiatan sastera. Kesediaan dan kesungguhan para khalifah Abbasiyah terutama pada zamanAbū Jacfar al-Mansūr, Hārūn al-Rashīd dan al-Macmūn yang memberi imbuhan lumayan kepada penggiat sastera telah menyemarakkan kegiatan kesusasteraan terutama dalam prosa Arab disamping pemindahan ilmu yang berterusan dari bahasa asing ke bahasa Arab. Adunan pengaruh budaya dan tradisi Arab, Parsi dan Turki telah mewarnai sastera Arab cAbbāsi lalu muncul dengan suatu tamadun yang unggul terutama pada zaman Abbasiyah Awal. Manakala penyelidikan ini adalah menggunakan kajian kualitatif menerusi metode historical study berasaskan kajian kepustakaan melalui data primer dan sekunder. Semua data dianalisis menggunakan kaedah secara kritikal dan analitikal sama ada daripada sumber dalaman dan luaran. Hasil kajian ini mendapati pengaruh uslūb dan balāghah al-Qur’ān al-Karīm telah berjaya diadaptasi dan dimanipulasi oleh para khalifah Abbasiyah dengan memasukkan uslūb al-Qur’ān secara spontan dalam pidato mereka. Berdasarkan analisis teks pidato para khalifah Abbasiyah menunjukkan bahawa uslūb al-Qur’ān begitu hampir dengan jiwa dan tutur bicara mereka sehingga hampir setiap ucapan mengandungi unsur uslūb al-Qur’ān. Kajian juga telah membuktikan para Khalifah Abbasiyah yang menggunakan uslūb al-Qur’ān al-Karīm berjaya menarik dan mempengaruhi para pendengar khususnya dan rakyat umumnya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sikap pemerintah yang proaktif terhadap gerakan kesusasteraan dan kegiatan ilmiah berjaya meletakkan kedudukan seni pidato sebagai satu medium penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat dan khalayak pendengar.,Master / Sarjana |
Pages: | 190 |
Call Number: | PJ6696.M845 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85047+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.