Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459195
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnwar Fakhri bin Omar-
dc.contributor.authorMohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin (P57070)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:46:48Z-
dc.date.available2023-09-13T07:46:48Z-
dc.date.issued2012-10-11-
dc.identifier.otherukmvital:85041-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459195-
dc.descriptionIni merupakan sebuah kajian analisa secara deskriptif mengenai hak-hak non-Muslim dalam pentadbiran negara berdasarkan kepada pemikiran al-Mawardi selaku perintis dan pelopor mengenai konsep politik Islam. Ini berikutan apabila terdapat ulama yang berfikiran terbuka memberikan respons sehingga membolehkan golongan non-Muslim menyandang jawatan-jawatan tinggi dalam negara, sedangkan jelas berpegang teguh dengan pendapat asal yang telah digariskan oleh al-Mawardi memberikan kebaikan dan maslahat yang banyak kepada negara Islam. Penulisan-penulisan mengenai perbahasan ini juga kurang didapati. Apa yang ada, hanya perbahasan yang mengutarakan skop yang besar dan berbentuk umum sahaja. Oleh itu, maka objektif kajian ini adalah untuk menerangkan secara terperinci mengenai riwayat hidup al- Mawardi, menjelaskan teori dan konsep pentadbiran negara (politik) Islam secara umum serta menghurai hak-hak non-Muslim dalam pentadbiran negara Islam menurut al-Mawardi. Bagi mencapai objektif tersebut, dengan menggunakan metode kajian kualitatif, pengkaji mengumpulkan dan menganalisa secara deskriptif maklumatmaklumat daripada sumber-sumber primer iaitu kitab-kitab karangan al-Mawardi terutamanya al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah dan daripada sumber-sumber sekunder seperti jurnal, buku, tesis dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa golongan non-Muslim tidak tersisih daripada turut serta dalam pentadbiran sesebuah negara Islam. Ia hendaklah berpaksikan kepada jalur hukum yang telah ditentukan dalam Islam. al- Mawardi tidak menyenaraikan secara khusus teori dan kaedah-kaedah yang perlu diguna pakai dalam menentukan satu-satu jawatan itu sama ada boleh dijawat atau tidak oleh golongan non-Muslim. Bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah dan teoriteori tersirat yang boleh digunakan dalam hal tersebut. Terdapat banyak jawatan dalam negara yang boleh dijawat oleh golongan non-Muslim antaranya wazir altanfidh (menteri pelaksana), qadi (hakim), jurutulis, naqib keturunan (ketua suku) dan lain-lain lagi. Wazir al-tanfidh merupakan jawatan nombor tiga dalam negara yang boleh dijawat oleh golongan non-Muslim. Ini membuktikan bahawa Islam bukanlah satu agama yang menindas dan mengamalkan sikap diskriminasi ke atas agama lain. Golongan non-Muslim bukan sahaja mendapat hak dan kebebasan yang sekadar berbentuk 'keperluan', tetapi turut mendapat hak yang berbentuk 'kehendak' dan 'keinginan' sehingga diangkat ke satu kedudukan yang tinggi dalam negara. Dengan adanya kajian ini, ia boleh dianggap sebagai antara dustur yang terawal berkenaan dengan hak-hak non-Muslim dalam pentadbiran negara kerana bertunjangkan kepada pemikiran tokoh politik Islam yang pertama. Ia boleh menjadi antara sumbangan dalam bidang ilmu sebagai panduan dan rujukan dalam melestarikan lagi hubungan di antara Muslim dengan non-Muslim dalam bersama-sama mentadbir negara.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDhimmis (Islamic law)-
dc.titleHak-hak non-muslim dalam pentadbiran negara menurut al-Mawardi-
dc.typetheses-
dc.format.pages130-
dc.identifier.callnoBP158.M56M846 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002108-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85041+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
805.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.