Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459193
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhd Najib bin Abdul Kadir , Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Umi Rahimah Abd Wahab (P50537) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:46:43Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:46:43Z | - |
dc.date.issued | 2013-01-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:85038 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459193 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan mengenai kategori haiwan sebagai mathal (perumpamaan) dalam al-Qur'an. Allah menampilkan banyak kisah mengenai haiwan dalam al-Qur'an yang menunjukkan kepentingannya di dalam al-Qur'an dan dijadikan sebagai perumpamaan. Dalam setiap kategori haiwan, Allah memilih haiwan yang tertentu sahaja dijadikan sebagai perumpamaan di dalam al-Qur'an, antaranya perumpamaan binatang ternak, keldai, anjing, labah-labah, nyamuk, unta, lalat, kelkatu dan belalang. Kajian ini untuk menganalisis ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan kategori haiwan sebagai mathal dalam al-Qur'an dan mengkaji rahsia terhadap pemilihannya. Kajian ini juga memperlihatkan hubungkait permasalahan semasa bagi membuktikan kebenaran al-Qur'an. Selain itu, kajian ini melibatkan kajian kepustakaan yang bersifat analisis kandungan. Kajian mendapati, terdapat 3 jenis kategori haiwan yang dikaitkan dengan mathal dalam al-Qur'an iaitu kategori al-Dawab yang terdiri daripada binatang ternak, keldai dan unta, kategori al-Tayr terdiri daripada lalat, labah-labah, nyamuk, kelkatu dan belalang, kategori al-Siba' terdiri daripada anjing. Ketiga-tiga kategori haiwan yang dikaitkan dengan mathal dalam al-Qur'an ini menggambarkan 3 bentuk kumpulan. Pertama kumpulan manusia yang ingkar dengan ayat Allah taala diumpamakan dengan binatang ternak, keldai, anjing, labah-labah, nyamuk, unta dan lalat. Adapun kumpulan kedua menggambarkan keadaan manusia pada hari kebangkitan dengan perumpamaan kelkatu dan belalang. Manakala kumpulan ketiga pula menggambarkan tentang neraka Allah dengan perumpamaan unta. Setiap pemilihan haiwan yang dijadikan sebagai mathal dalam al-Qur'an membuktikan bahawa Allah s.w.t. berhak membuat apa jua pemilihan hatta sekecil haiwan kerana di sebalik kejadian atau pemilihan yang dilakukan mengandungi hikmah dan rahsia yang tersirat di dalam al-Qur'an.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Animals in the Qur'an | - |
dc.title | Kategori haiwan sebagai mathal dalam al-Quran | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 95 | - |
dc.identifier.callno | BP134.N3U47 2013 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002105 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85038+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.