Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459192
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Dengni Kurorso (P56815) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:46:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:46:41Z | - |
dc.date.issued | 2013-06-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85019 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459192 | - |
dc.description | Masalah kekeluargaan semasa banyak berlaku ketika ini dan menyumbang kepada berlaku talak dan perpecahan rumah tangga dalam masyarakat. Permasalahan kajian ini berpaksikan sekitar kelahiran masalah sosial yang diakibatkan oleh keluarnya para isteri untuk bekerja, kerana keadaan ini mengakibatkan berlaku pengabaian terhadap beberapa hak dan kewajipan. Begitu juga, kes keganasan rumah tangga yang melibatkan penggunaan beberapa jenis kekerasan seperti pukulan dan penghinaan dengan pelbagai bentuknya juga turut meningkat. Oleh itu, kepentingan kajian ini menunjukkan bahawa pembinaan keluarga yang bahagia merupakan benih pertama dalam pembinaan masyarakat, yang menuntut agar kewujudan dan paksinya dipelihara, sebagaimana kajian ini turut menonjolkan peranan Maqasid Syariah bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan semasa. Masalah kekeluargaan semasa adalah banyak, tetapi kajian ini hanya menumpukan kepada dua masalah yang penting sahaja, iaitu masalah isteri bekerja dan keganasan rumah tangga. Kajian ini bertujuan untuk menonjolkan hak dan kewajipan suami isteri menurut syariat Islam, serta mengenal pasti sebab dan faktor yang mewujudkan masalah rumah tangga dan bagaimana cara menyelesaikannya dari sudut Maqasid Syariah. Kajian ini menggunakan metode induktif dan analisis iaitu dengan membuat kajian secara menyeluruh terhadap mazhab-mazhab fiqh, membentangkan pandangan-pandangan para fuqaha melalui penjelasan dalil-dalil yang mereka gunakan dalam sesuatu isu, serta menjelaskan noktah persepakatan dan perselisihan, kemudian menganalisis nas berdasarkan Maqasid Syariah. Kajian ini memperoleh beberapa kesimpulan iaitu; bahawa sebab utama kepada kewujudan masalah kekeluargaan ialah ketidakfahaman suami dan isteri tentang hak dan kewajipan ditetapkan syarak serta ketiadaan komitmen terhadapnya; bahawa isteri dibolehkan bekerja dari sudut syarak, tetapi dengan beberapa garis panduan dan ikatan, dan dengan syarat ia tidak bersalahan dengan Maqasid Syariat; bahawa isteri yang bekerja hendaklah bijak menyesuaikan antara tuntutan kerja dan urusan rumah tangga; bahawa keganasan yang berlaku dalam rumah tangga adalah bersalahan dengan Maqasid Syariat yang sepatutnya rumah tangga itu terbina di atas dasar kasih sayang dan rahmat antara suami isteri, namun ia tetap berlaku hasil kejahilan suami dan isteri terhadap rahsia dan hikmat syariat dalam pembinaan sesebuah rumah tangga; bahawa menjadi kewajipan ke atas suami dan isteri untuk memberikan komitmen kepada ajaran Islam yang mulia dan berpegang dengan objektif-objektifnya serta melaksanakannya dalam kehidupan kekeluargaan agar sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah SWT.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Family violence (Islamic law) | |
dc.title | Masalah kekeluargaan semasa dan penyelesaiannya berdasarkan maqasid syariah : isteri bekerja dan keganasan rumah tangga sebagai model | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 129 | |
dc.identifier.callno | HQ759.48.D44 2013 | |
dc.identifier.barcode | 002058 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85019+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.