Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459191
Title: | Metodologi tafsir sufi ishari dalam Haqa'iq al-Tafsir dan Lata'if al-Isharat |
Authors: | Nazneen Ismail (P40423) |
Supervisor: | Muhd. Najib Abdul Kadir, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Qur'an Hermeneutics |
Issue Date: | 29-Jul-2011 |
Description: | Haqa'iq al-Tafsir dan Lata'if al-Isharat merupakan dua buah karya tafsir sufi ishari yang dihasilkan oleh tokoh tasawuf terkenal iaitu Imam al-Sulami dan Imam al- Qushayri. Namun begitu, kedua-dua kitab ini tidak begitu mendapat perhatian para pengkaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan dua orang tokoh ini berserta sumbangan mereka dalam bidang tafsir dan membandingkan metode yang digunakan oleh kedua-duanya. Kajian ini berbentuk analisis dokumen dengan mengumpulkan data daripada subjek kajian berdasarkan isu- isu tertentu iaitu pandangan kedua tokoh terhadap tafsir zahir, pengulangan dalam al-Qur'an, penafsiran huruf muqattacah, rangkuman ayat-ayat tafsiran, petikan al-Qur'an dan hadis sebagai penguat, pernyataan asbab al-nuzul, tafsiran ayat hukum, tafsiran ayat mutasyabihat dan tafsir ayat qasas al-Qur'an. Beberapa tafsiran ayat telah dipilih dan dianalisis menggunakan metode komparatif dan deskriptif. Hasil kajian mendapati sambutan para ulama lebih memihak kepada tafsir Imam al-Qushayri berbanding tafsir Imam al- Sulami. Ini kerana karya Imam al-Qushayri dilihat lebih berupa pemurnian kepada tafsir yang dibuat oleh Imam al-Sulami berikutan pendekatan Imam al-Qushayri yang menafsirkan semua ayat al-Qur'an sedangkan Imam al-Sulami tidak berbuat demikian. Ini juga menjadikan pemikiran Imam al-Qushayri lebih mudah dibaca berbanding Imam al-Sulami. Namun begitu, kedua-dua kitab ini menggunakan metode tafsir sufi ishari yang tidak bersalahan dengan syarat-syarat yang digariskan oleh para mufassir. Keseiringan tema karya mereka berdua juga menggambarkan pengaruh Imam al- Sulami terhadap Imam al-Qushayri dalam perjalanan keilmuannya. Kajian ini dapat memberikan gambaran berkenaan kepentingan tafsir sufi ishari di samping menjelaskan metodologi penafsiran yang digunakan oleh kedua-dua tokoh tasawuf ini. Kajian ini juga dapat menjadi pencetus kepada kajian yang lebih mendalam dan menjurus kepada karya-karya tafsir sufi ishari yang lain.,Master / Sarjana |
Pages: | 119 |
Call Number: | BP130.4.N337 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85016+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.