Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459187
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mat Noor bin Mat Zain | |
dc.contributor.author | Yusni Mohamad Yusak (P50505) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:46:29Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:46:29Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84996 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459187 | - |
dc.description | Sistem pemasaran jualan langsung (MLM) telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia. Penglibatan sebilangan masyarakat Islam dalam industri MLM, sama ada sebagai pengeluar, penjual, pengedar ataupun pembeli mendatangkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan ahli masyarakat. Permasalahan hukum hakam, syubhah dalam MLM dan panduan dalam pemilihan MLM yang bertepatan dengan syariat menjadi persoalan utama. Kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep sebenar sistem MLM, perihal hukum MLM menurut perspektif Islam, MLM yang menurut syariah dan yang bertentangan dan menetapkan dawabit syarak terhadap MLM patuh syariah. Metode kualitatif digunakan di samping kajian kepustakaan dengan pengumpulan maklumat daripada buku-buku, majalah-majalah, surat khabar dan laman-laman web. Kajian lapangan dilakukan melalui temu bual, pengalaman dan observasi penulis menjalankan perniagaan MLM dengan Syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd. Kajian ini mendapati sistem pemasaran jualan langsung (MLM) adalah selaras dengan prinsip jual beli dalam muamalah Islam. Penetapan dawabit syarak adalah melalui empat aspek iaitu sistem, produk, bonus dan hubungan upline downline. MLM yang mengamalkan konsep 3S (selling, sponsoring, servicing), telus, adil, adanya musyarakah dan dibenarkan pemerintah adalah menepati dawabit sistem. Garis panduan produk iaitu melalui product knowledge, jaminan mutu dan kualiti serta halal. Dawabit pemberian bonus hendaklah menggunakan konsep hibah, simsarah, ijarah dan jucalah serta agihan bonus yang saksama dan pemberian bonus berdasarkan jualan. Faktor bimbingan, sokongan dan usaha sama upline downline melengkapkan penetapan dawabit syarak terhadap MLM patuh syariah. Syarikat pengendali MLM pula perlu seiring dengan keperluan kawalan kualiti dan piawaian semasa seperti MPS, IMP, GMP, Halalan Tayyiba, ISO 22000 FSMS 2005 dan yang berkaitan. Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dijalankan oleh pihak berwajib dari semasa ke semasa demi memastikan dawabit yang digariskan dipatuhi oleh para pemain MLM.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hai-O Marketing | |
dc.subject | Sistem pemasaran jualan langsung | |
dc.subject | Multilevel marketing (Islamic law) | |
dc.title | MLM menurut perspektif Islam : kajian di Syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd. | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 120 | |
dc.identifier.callno | BP158.M77Y84 2012 | |
dc.identifier.barcode | 002039 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84996+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.