Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459186
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorShahadat Walid Farid Dhiyab (P53181)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:46:26Z-
dc.date.available2023-09-13T07:46:26Z-
dc.date.issued2013-06-17-
dc.identifier.otherukmvital:84989-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459186-
dc.description,Kajian ini cuba menyingkap kesan imej Barat dalam sastera Arab di perantauan, imej yang terbentuk hasil daripada pengamatan terhadap realiti kehidupan di Barat serta interaksi dan penghasilan ilmu pengetahuan. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan imej Barat secara objektif dan menurut pandangan seni dari pelbagai dimensi. Ia dilakukan demi menyerlahkan sejauh mana berlakunya asimilasi dan kesepaduan dari sudut pandangan para sasterawan yang besar pengaruhnya dalam arena sastera Arab. Kajian juga menyingkap sudut pandangan sasterawan yang bersetuju mahupun bertentangan dengan Barat di samping memberi penjelasan terhadap aspek Barat yang difahami oleh para sasterawan melalui interaksi mereka dengan Barat. Kajian ini menggunakan metode deskriptif analisis, kerana metode ini mengandungi beberapa penafsiran dan penganalisisan terhadap pengertian yang terkandung dalam teks sastera, di samping menjelaskan hubungan yang ada antara sasterawan dan karyanya. Pemilihan metode ini dilakukan atas dasar bahawa kebanyakan teks yang dikaji hanya tersingkap isinya yang tersirat melalui metode analisis dan deskriptif. Melalui metode deskriptif pengkaji membataskan ciri-ciri imej Barat daripada pelbagai dimensi. Kemudian, melalui analisis kandungan dan analisis kesenian, pengkaji meneliti ciri-ciri tersebut untuk menyingkap pengertiannya. Kajian ini mendapati bahawa pertembungan antara Timur dan Barat merupakan satu bentuk pertemuan pemikiran, perjuangan dan saling mempengaruhi. Dunia Barat pula muncul dalam sastera Arab secara sepintas lalu, namun kemunculannya itu jelas seiring penghujung kurun ke١٩ dan ke٢٠. Ia adalah akibat beberapa faktor interaksi dengan Barat, manakala sasterawan di perantauan pula memfokuskan kepada imej politik Barat, kerana ia mendominasi kawasan negara Arab pada kurun yang lalu. Persekitaran Barat pula tampak dari sudut estetika melalui pengalaman peribadi dan penyaksian secara langsung. Manakala sasterawan Arab Perantauan pula menyingkap satu keafahaman yang amat penting iaitu mereka menghindari daripada membentuk satu imej statik tunggal terhadap barat berbanding imej stereotaip yang digambarkan terhadap dunia Timur dalam sastera Barat.,Ph.D-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSastera Arab-
dc.subjectArabic literature - Western influences.-
dc.titleSurat al-gharb fi al-adab al-'arabi al-muhajiri-
dc.typetheses-
dc.format.pages265-
dc.identifier.callnoPJ7517.S534 2013-
dc.identifier.barcode002032-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84989+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.