Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459185
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Arifin, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorKhaulah Riddzwan (P53134)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:46:24Z-
dc.date.available2023-09-13T07:46:24Z-
dc.date.issued2013-08-05
dc.identifier.otherukmvital:84986
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459185-
dc.descriptionKajian-kajian lepas mendapati aspek pengajaran dan pembelajaran kursus kemahiran bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai perkembangan yang positif dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pencapaian pelajar yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh masih berada tahap yang kurang memuaskan. Sikap negatif pelajar merupakan salah satu faktor bagi permasalahan ini sedangkan sikap positif merupakan elemen terpenting dalam pencapaian pembelajaran bahasa Arab sama ada separuh masa dan sepenuh masa. Berasaskan teori socio educational Gardner, pencapaian pembelajaran Bahasa Arabboleh dinilai melalui sikap integratif, sikap situasi pembelajaran dan sikap instrumental. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap sikap integratif, tahap sikap situasi pembelajaran serta tahap sikap instrumental dalam kalangan pelajar yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis hubungan skor min tertinggi sikap dengan pencapaian kursus kemahiran Bahasa Arab yang ditawarkan oleh Unit Bahasa di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.Kajian ini menggunakan metode kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik pelajar. Seramai 221 orang sebagai populasi kajian namun 170 orang pelajar yang mengikuti Pendidikan Jarak Jauh dipilih sebagai pelajar kajian melalui teknik persampelan rawak mudah. Tatacara analisis data kajian ini menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian bagi statistik deskriptif menunjukkan tahap sikap integratif dan tahap sikap situasi pembelajaran berada pada tahap tinggi. Manakala tahap sikap instrumental berada pada tahap sangat tinggi. Oleh itu, skor min tertinggi bagi sikap adalah sikap instrumental. Dapatan statistik inferensi korelasi Spearmanmenunjukkan tiada hubungan antara sikap instrumental dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran kursus kemahiran Bahasa Arab. Implikasi kajian ini ialah guru dan pelajar perlu menekankan aspek integratif, situasi pembelajaran dan instrumental dalam membentuk sikap positif untuk menguasai Bahasa Arab. Implikasi lain adalah institusi pendidikan haruslah memberi khidmat sokongan dan pelaksanaan aktiviti atau program yang berkaitan supaya dapat memastikan sikap positif selaras dengan pencapaian cemerlang dalam pembelajaran kemahiran Bahasa Arab.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan jarak jauh
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectArabic language
dc.titleSikap pelajar pendidikan jarak jauh, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pembelajaran kursus kemahiran Bahasa Arab
dc.typetheses
dc.format.pages121
dc.identifier.callnoPJ6065.K484 2013
dc.identifier.barcode002031
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84986+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.