Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459181
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorMastura Bohari (P73430)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:46:14Z-
dc.date.available2023-09-13T07:46:14Z-
dc.date.issued2016-08-19
dc.identifier.otherukmvital:84898
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459181-
dc.descriptionPeningkatan kes disiplin di sekolah-sekolah Malaysia adalah masalah serius yang mendapat perhatian pelbagai pihak. Langkah-langkah penyelesaian dilakukan namun ianya masih berada pada tahap membimbangkan. Statistik salah laku pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan penglibatan seramai 40,564 orang pelajar bagi kes salah laku dianggap berat pada tahun 2013. Angka ini menunjukkan bahawa program pemulihan dan pendekatan yang dilaksanakan masih belum menampakkan hasil yang diharapkan. A1-Quran sebagai manhaj rabbani menawarkan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah termasuklah dalam membentuk disiplin pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji nilai-nilai disiplin yang terdapat di dalam Surah Yusuf dan menganalisis pendekatan surah tersebut dalam menangani pelajar bermasalah disiplin. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan. Analisis data menggunakan pendekatan deskriptif. Sampel kajian melibatkan ayat-ayat al-Quran dalam Surah Yusuf yang berkaitan dengan nilai-nilai disiplin. Data dianalisis secara deduktif dan tematik. Kajian menemui empat tema disiplin di dalam Surah Yusuf berasaskan caqidah, akhlak, syariah dan bimbingan kejiwaan. Manakala uslub pendidikan al-Quran di dalam surah ini merangkumi qasas al-Quran, uslub al-cIlm; dan uslub bahasa dan sastera yang indah. Hasil kajian mendapati lima pendekatan iaitu pembinaan caqidah, panduan ibu bapa, pembentukan sahsiah, bimbingan dan panduan, dan pendekatan kejiwaan yang terhasil berdasarkan kajian terhadap Surah Yusuf ini mesti diaplikasikan oleh pelbagai pihak bagi menangani pelajar bermasalah disiplin. Implikasi kajian ini terhadap program pendidikan ialah untuk melahirkan pelajar yang berperibadi mulia, menjadikan al- Quran sebagai pedoman dalam kehidupan, mengaplikasikan nilai-nilai luhur dan akhlak mulia dalam tindakan dan pergaulan sekali gus mengurangkan risiko mereka terus terjebak dengan permasalahan disiplin.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDisiplin pelajar
dc.subjectSurah Yusuf
dc.subjectA1-Quran
dc.subjectSalah laku pelajar
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan menangani masalah disiplin pelajar melalui Surah Yusuf
dc.typetheses
dc.format.pages177
dc.identifier.barcode002568(2017)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84898+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
856.77 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.