Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459180
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.
dc.contributor.authorMohd Jamalil Ismail (P59276)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:46:12Z-
dc.date.available2023-09-13T07:46:12Z-
dc.date.issued2016-08-05
dc.identifier.otherukmvital:84897
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459180-
dc.descriptionBermula tahun 1966 sehingga kini terdapat 12 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) yang menawarkan program Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun, kebanyakan MTQN tidak dapat meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan akademik kecuali Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang telah dianugerahkan MTQN paling cemerlang di Malaysia pada tahun 2012. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan pentadbir, proses pembelajaran pelajar cemerlang dan strategi kecemerlangan yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar diploma tahfiz al-Quran di MTNP. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 4 orang pentadbir dan 30 orang bekas pelajar cemerlang diploma tahfiz MTNP pada tahun 2010 hingga tahun 2014. Analisa kandungan dan temu bual separa berstruktur secara mendalam dan kumpulan berfokus telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Dapatan kualitatif kajian dianalisis secara deskriptif setelah pengekodan dilakukan mengikut tema yang dilakukan menggunakan perisian Atlas ti 7. Hasil kajian mendapati terdapat 8 elemen yang perlu diaplikasikan oleh pentadbir dalam memastikan kecemerlangan pelajar dapat dicapai. Proses pembelajaran yang mengandungi aspek takrar, al-mayl, al-fahm, talqin, pembinaan akhlak, penilaian, pemakanan dan kerohanian sesuai dijalankan bagi mencapai kecemerlangan pelajar di sesebuah institusi pendidikan tahfiz. Justeru, 14 strategi kecemerlangan yang diaplikasikan di MTNP sangat membantu dalam merealisasikan kecemerlangan pelajar diploma tahfiz al-Quran di institusi mereka. Implikasi kajian ini diharapkan dapat dijadikan model kepada MTQN dalam melahirkan huffaz yang cemerlang dalam pelajaran seterusnya membantu meningkatkan kualiti para huffaz di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMaahad Tahfiz al-Quran Negeri
dc.subjectKecemerlangan akademik
dc.subjectMaahad Tahfiz Negeri Pahang
dc.subjectPelajar diploma
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleStrategi kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam memperkasakan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages156
dc.identifier.barcode002567(2017)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84897+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
613.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.