Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459178
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd. Nor Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorMohd Zaliki Kadir (GP01693)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:46:07Z-
dc.date.available2023-09-13T07:46:07Z-
dc.date.issued2016-06-24
dc.identifier.otherukmvital:84895
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459178-
dc.descriptionKajian ini menyelidik kesilapan penggunaan huruf jarr dalam penulisan karangan yang dilakukan oleh pelajar STAM di Pahang. Huruf jarr mempunyai makna yang pelbagai bergantung kepada ficl atau shibhu ficl serta peranannya menghubungkan ficl dan isim bagi membentuk struktur ayat yang lengkap. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti serta menjelaskan jenis-jenis kesilapan yang terhasil dalam penulisan karangan pelajar STAM di Pahang. Seterusnya punca-punca berlakunya kesilapan akan dikenal pasti dan diteliti. Seramai 216 sampel kajian digunakan dalam proses pengumpulan data yang terdiri daripada empat buah sekolah yang menawarkan STAM di Pahang. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan berkaitan dengan teori-teori yang berkaitan dengan sintaksis khususnya mengenai huruf jarr dan kajian lapangan pula berbentuk soal selidik dan ujian penulisan karangan untuk pelajar dan temu bual untuk guru. Sampel penulisan karangan ini diambil semasa ujian percubaan yang dianjurkan oleh pihak (JAKIM) digunakan sebagai pengumpulan data. Hasil dapatan menjumpai sebanyak 306 kali kesilapan huruf jarr yang didapati dalam penulisan karangan mereka. Kesilapan ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu makna huruf jarr sebanyak 226 kali, pembahagian huruf jarr dari jenis perkataan selepasnya samaada isim dan damir atau isim sahaja sebanyak 36 kali dan perkaitan huruf jarr dengan ficl atau shibhu ficl sebanyak 45 kali. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menggunakan huruf jarr dengan betul. Sumbangan daripada penyelidikan ini, diharapkan pihak yang berkenaan dapat menjadikan satu bab yang khusus mengenai huruf jarr dalam sukatan STAM khususnya dan amnya di peringkat bawah. Seterusnya penyelidik akan menyenaraikan cadangan yang releven untuk membantu pendidik-pendidik, pihak KPM, JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha mengatasi kelemahan penguasaan pelajar terhadap penggunaan huruf jarr dalam penulisan karangan seterusnya pihak yang berkenaan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHuruf jarr
dc.subjectPelajar STAM
dc.subjectPenulisan karangan
dc.subjectKesilapan penggunaan
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAnalisis kesilapan penggunaan huruf jarr dalam penulisan karangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia di Pahang
dc.typetheses
dc.format.pages207
dc.identifier.barcode002565(2017)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84895+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.