Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459177
Title: Analisis perbandingan model S.P.I.E.S™ di Selangor dan al-Ghazali dalam pembangunan modal insan
Authors: Faizatul Najihah Mohd Azaman (P64077)
Supervisor: Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Modal insan
Latihan pembangunan
Al-Ghaz?�l?�
Garis panduan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-May-2016
Description: Dalam pembangunan modal insan, terdapat dua elemen yang mesti dibangunkan iaitu kecerdasan dan kerohanian. Di Malaysia, latihan pembangunan modal insan semakin bertambah seiring dengan hasrat kerajaan untuk seluruh komuniti Malaysia mempunyai nilai- nilai seperti pengetahuan, berjiwa besar, mempunyai kekuatan fizikal, kekuatan kerohanian dan mencintai negara. Oleh itu terdapat juga beberapa latihan pembangunan modal insan yang merangkumi komponen tersebut namun menerusi pembacaan pengkaji, ia tidaklah menyeluruhi seluruh aspek kehidupan dan komuniti. S.P.I.E.S™ dan al-Ghazālī merupakan entiti yang berbeza iaitu S.P.I.E.S™ merupakan model latihan pembangunan modal insan manakala al-Ghazālī merupakan tokoh tasawuf dan psikologi Islam. Oleh itu kedua-duanya perlu dikaji supaya dapat menyediakan garis panduan kepada individu atau organisasi yang terlibat di dalam latihan pembangunan modal insan. Justeru kajian ini menfokuskan perbincangan secara analisis antara kedua-duanya. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu pertama; mendedahkan latihan pembangunan modal insan kontemporari S.P.I.E.S™, kedua; meneliti pembangunan modal insan yang dikemukakan oleh al-Ghazālī dan ketiga menganalisis secara perbandingan pembangunan modal insan S.P.I.E.S™ dan al-Ghazālī. Model kedua-dua entiti ini dikaji menerusi kaedah kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan menerusi analisis kandungan dan temu bual separa struktur kemudian dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian mendapati pengaruh pembangunan insan al-Ghazālī wujud di dalam latihan pembangunan modal insan S.P.I.E.S™ daripada segi perkembangan dan pendidikan kerohanian. Hasil kajian ini mendapati juga S.P.I.E.S™ tidak meninggalkan nilai kerohanian daripada al-Ghazālī yang diterapkan secara tidak langsung di dalam modul. Malah mengambil kira daripada itu, al-Ghazālī juga tidak ketinggalan di dalam merumuskan secara teori aspek fizikal dan sosial yang mesti dibangunkan menerusi nilai-nilai yang ada di dalam kitab Iḥyā’ Ulūm al-Dīn. Keseluruhannya hasil kajian ini mendapati kesesuaian wujud antara model S.P.I.E.S™ dengan model al-Ghazālī berdasarkan kesepaduan nilai-nilai yang terdapat di dalam model S.P.I.E.S™ dengan al-Ghazālī. Secara perbandingan, kajian ini mendapati wujud persamaan daripada segi konsep manusia dan nilai kerohanian yang terdapat di dalam kedua-dua model. Perbezaan antara kedua-duanya adalah model al-Ghazālī lebih bersifat teoritikal manakala modul S.P.I.E.S™ banyak mengamalkan secara aktiviti dan latihan. Implikasi kajian mendapati bahawa keharmonian dan kesesuaian yang terdapat di dalam kedua-dua model mampu diteruskan. Disamping itu, di dalam perlaksanaan yang melibatkan modul dan sebagainya, adalah wajar bagi kita merujuk kembali pandangan ulama terdahulu kerana berdasarkan kajian ini, pandangan mereka dilihat sangat relevan dan masih boleh diaplikasikan walaupun di zaman globalisasi ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 214
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84894+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
857.13 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.