Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459176
Title: Pendekatan pengukuhan personaliti bapa daripada perspektif Islam di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Authors: Izzah Nur Aida Zur Raffar (P70897)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Personaliti bapa
Perspektif Islam
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara
Kesejahteraan keluarga
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Dec-2015
Description: Bapa sebagai ketua keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar seharusnya menjadi contoh kepada anak-anak dan isteri. Namun, pelbagai krisis yang berlaku dalam konteks kekeluargaan masa kini cenderung dikaitkan dengan isu personaliti bapa yang tidak baik seperti sifat panas baran, sumbang mahram, penderaan fizikal dan pengabaian nafkah. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji ciri-ciri personaliti bapa daripada perspektif Islam, mengenal pasti faktor bapa kehilangan personaliti yang baik, mengenal pasti faktor kurang keterlibatan bapa dalam program keibubapaan dan menganalisis pendekatan pengukuhan personaliti bapa daripada perspektif Islam. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 60 responden dalam kalangan bapa yang mengikuti program keibubapaan di LPPKN. Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS version 22. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri personaliti bapa daripada perspektif Islam adalah bertanggungjawab mengazan, mentahnik, memberi nama dan melaksanakan aqiqah bagi anak yang baru dilahirkan, sabar dan ikhlas memberi nafkah, mendidik serta berdakwah kepada anak, mempamerkan teladan yang baik, adil, penyayang dan prihatin perkembangan anak. Kajian juga mendapati faktor bapa kehilangan personaliti baik berpunca daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Manakala, faktor kurang keterlibatan bapa dalam program pula disebabkan faktor malas, sibuk bekerja, menganggap program tidak penting, keterpaksaan, tidak berminat, tidak mendapat maklumat, tertekan mengikuti program, masalah kewangan, tiada penjaga anak dan tidak tertarik dengan topik program. Hasil kajian juga mendapati pendekatan pengukuhan personaliti bapa daripada perspektif Islam adalah mendalami ilmu agama, muhasabah diri, azam yang tinggi, tazkiyah al-nafs, mendapatkan sokongan isteri, pengaruh rakan dan persekitaran yang baik serta penyertaan dalam program keibubapaan. Implikasi kajian dapat membantu bapa memperkukuh personaliti kebapaan ke arah kesejahteraan keluarga dan masyarakat Islam umumnya. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 188
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84893+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
743 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.