Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459175
Title: | Hukum pemanfaatan harta gadaian (al-marhun) dan aplikasinya dalam Pegadaian Syariah di Makassar Sulawesi Selatan |
Authors: | Akhmad Hanafi Dain Yunta |
Supervisor: | Siti Zalikhah Md Nor, Prof. Madya Datin Dr. |
Keywords: | Hutang al-Rahn Harta gadaian Pegadaian Syariah Makassar Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Apr-2001 |
Description: | Dalam fiqih mucamalah, salah satu permasalahan adalah perkara yang berkenaan dengan permasalahan hutang. Apalagi kalau hutang tersebut disertai dengan adanya harta yang dijadikan jaminan ke atas hutang yang dipinjamkan. Dalam peristilahan fiqih, hutang yang disertai jaminan dinamakan al-rahn (Gadaian). Persoalan yang sering muncul di tengah-tengah masyarakat adalah apakah al-rahin (penerima hutang) atau al-murtahin (pemberi pinjaman) mempunyai hak untuk memanfaatkan harta gadaian (al-marhun)?. Salah satu institusi rasmi kerajaan yang mentadbir permasalahan gadaian di Indonesia adalah Pegadaian Syariah yang ditubuhkan pada tahun 2003. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan hukum dan pandangan para ulama tentang permasalahan pemanfaatan harta gadaian sama ada oleh al-rahin ataupun oleh al-murtahin, seterusnya sejauh mana permasalahan ini diaplikasikan di Pegadaian Syariah. Maksudnya, apakah Pegadaian Syariah membolehkan al-rahin (pelanggan/pengguna) untuk memanfaatkan harta gadaian yang dijadikan jaminan atau tidak?. Kajian ini dijalankan di Pegadaian Syariah Makassar yang merupakan salah satu cawangan yang Pegadaian Syariah di Indonesia yang memiliki perkembangan yang cukup baik. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan yang disertai dengan kajian lapangan berupa pemerhatian dan temu bual secara langsung dengan pegawai Pegadaian Syariah di Makassar. Dalam Kajian kepustakaan, pengkaji mendapati bahawa para ulama telah berbeza pendapat dan pandangan tentang hukum pemanfaatan harta gadaian sama ada oleh al-rahin ataupun al-murtahin. Perbezaan ini berpunca daripada adanya kaedah yang mengatakan bahawa segala akad qard (hutang) yang mendatangkan manfaat maka ia termasuk riba. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama membolehkan pemanfaatan harta gadaian oleh al-rahin dengan alasan bahawa al-rahin adalah pemilik harta tersebut. Manakala al-murtahin tidak dibenarkan untuk memanfaatkan harta gadaian, kecuali apabila al-marhun berupa haiwan yang dapat ditunggangi atau yang dapat diperah susunya mengikut biaya dan kos yang telah dikeluarkan oleh al-murtahin. Dalam kajian lapangan, pengkaji mendapati bahawa Pegadaian Syariah Makassar yang menggunakan dua akad, iaitu akad al-rahn dan akad ijarah, tidak membenarkan al-rahin untuk mengambil sebarang manfaat daripada harta gadaian. Hal ini disebabkan kerana besarnya kemungkinan risiko yang akan ditanggung oleh Pegadaian Syariah akibat pemanfaatan ini. Pada akhirnya kajian ini mencadangkan agar Pegadaian Syariah perlu untuk mengkaji dan merumuskan satu sistem yang membolehkan al-rahin yang menggadaikan harta tertentu, untuk memanfaatkan harta gadaian tersebut. Ini bertujuan bagi mempertingkatkan taraf perkhidmatan dan menarik jumlah pengguna Pegadaian Syariah pada masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 113 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84892+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 128.13 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.