Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459174
Title: Hubungan antara interaksi belia Muslim di Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap al-Qur'an dengan tahap penghayatan agama
Authors: Siti Sarah Haimi (P61393)
Supervisor: Mohd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Belia Muslim
Al-Qur'an
Penghayatan agama
Interaksi
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Mar-2016
Description: Umat Islam perlu memahami bagaimana berinteraksi dengan al-Qur'an dengan sebaiknya. Pendedahan tentang tahap-tahap interaksi dengan al-Qur'an perlu diberi lebih penekanan berdasarkan panduan al-Qur'an dan al-Hadith. Namun sejauh mana kesedaran dan pengetahuan belia muslim terhadap interaksi dengan al-Qur'an dan bagaimana pelaksanaan mereka terhadapnya serta memberi kesan kepada personaliti belia muslim pada hari ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap interaksi belia Muslim terhadap al-Qur'an, tahap penghayatan agama belia muslim serta untuk mengenalpasti hubungan di antara tahap interaksi al-Qur'an dengan tahap penghayatan agama. Sampel kajian ini melibatkan 554 orang belia Muslim UKM dari fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Kejuruteraan dan Alam Bina, Pengajian Islam, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Kaedah kajian ini merupakan kajian kuantitatif deskriptif dengan mengedarkan dua set soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan α = .956 yang dibina sendiri oleh pengkaji bagi bahagian interaksi al-Qur'an manakala soal selidik bahagian penghayatan agama menggunakan The Muslim Religiosity-Personality Inventory (MRPI). Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai dan statistik inferensi bagi mendapatkan nilai korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap interaksi belia Muslim terhadap al-Qur'an bagi interaksi beriman, mendengar dan mentadabbur berada pada tahap tinggi dan interaksi membaca, menghafal, mempelajari, mengamalkan dan mempertahankan berada pada tahap sederhana tinggi. Bagi tahap penghayatan agama belia muslim pula menunjukkan tahap tinggi bagi aspek duniawi dan spiritual. Bagi aspek ritual dan muamalah berada pada tahap sederhana tinggi dan tinggi. Ujian korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tahap interaksi beriman, membaca, mendengar, menghafal, mempelajari, mentadabbur, mengamalkan dan mempertahankan dengan tahap penghayatan agama dengan nilai pekali korelasi (r=.615**). Implikasi daripada kajian yang perlu diberi penekanan adalah berkaitan dengan interaksi membaca, menghafal, mempelajari, mengamalkan dan mempertahankan. Tumpuan perlu diberikan kepada interaksi membaca dan menghafal kerana ia memerlukan kemahiran dan penumpuan yang lebih terhadap interaksi tersebut. Dapatan kajian juga dapat memberikan pemahaman terhadap bentuk hubungan antara interaksi seseorang terhadap al-Qur'an serta tahap penghayatan agama. Jika seseorang yang mempunyai interaksi al-Qur'an yang tinggi, dia juga berkemungkinan besar lebih beragama. Dengan yang demikian, seseorang itu boleh mengetahui sejauhmana seseorang yang berpersonaliti tertentu sesuai bagi tugas yang memerlukan tahap penghayatan agama yang tinggi seperti anak-anak, pelajar, pekerja-pekerja dan sebagainya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 280
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84891+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
689.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.