Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459170
Title: Had kifayah zakat pendapatan : satu penilaian semula di Negeri Sembilan
Authors: Mohamad Idris Ramli (P42662)
Supervisor: Amir Husin Mohd Nor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Zakat pendapatan
Zakat - Malaysia - Negeri Sembilan
Issue Date: 29-Nov-2012
Description: Zakat pendapatan telah diwajibkan di Malaysia bermula tahun 1997 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Semua negeri di Malaysia menerima keputusan kewajipan tersebut kecuali Negeri Perak. Namun begitu, setelah 14 tahun pewartaan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan setelah 13 tahun pewartaan kewajipan zakat pendapatan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, tidak pernah dilaksanakan satu kajian komprehensif mengenai kaedah taksiran yang melibatkan sumber penolakan yang dibenarkan dalam mentaksir zakat tersebut. Kaedah yang digunapakai selama ini hanya bersandarkan kaedah penaksiran seumpama penolakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menilai semula kaedah taksiran zakat pendapatan bersandarkan kepada penolakan yang dibenarkan dengan menitikberatkan kepada keperluan asas dalam kehidupan khususnya di Negeri Sembilan. Dalam usaha menetapkan satu kadar yang bertepatan atau Had Kifayah sebagai tolakan yang dibenarkan, tumpuan kajian adalah bagi mendapatkan kadar sebenar keperluan perbelanjaan bagi individu serta perbelanjaan kehidupan berkeluarga di Negeri Sembilan. Metodologi kajian adalah melalui kaedah kajian perpustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kajian ini dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan dengan menggunapakai kaedah persampelan bertujuan, seramai 500 responden telah dipilih daripada jumlah pekerja muslim di Negeri Sembilan terutamanya yang telah membayar zakat pendapatan di Negeri Sembilan. Penulis menggunapakai instrumen borang soal selidik yang mengandungi tujuh bahagian utama iaitu maklumat responden kajian, maklumat keluarga, maklumat tempat tinggal, maklumat perbelanjaan diri, maklumat perbelanjaan isteri, maklumat perbelanjaan keluarga dan maklumat perbelanjaan umum. Proses pengumpulan data adalah dilaksanakan oleh penulis dan dibantu oleh pegawai zakat di setiap daerah di Negeri Sembilan. Maklumat atau data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS for windows (Version 17.0). Data-data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan frekuensi, peratus dan purata bagi menerangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan dalam kehidupan individu dan berkeluarga. Hasil kajian mendapati bahawa Had Kifayah bagi tujuan tolakan zakat pendapatan adalah lebih tinggi daripada yang diamalkan di Negeri Sembilan pada waktu ini yang mana kadar keperluan untuk tolakan perbelanjaan individu pada kadar minimum RM 12,738 setahun, manakala tolakan perbelanjaan untuk keluarga pada kadar minimum RM 22,242 setahun.,Master / Sarjana
Pages: 183
Call Number: BP180.M845 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84872+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.