Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459168
Title: | Masdar sarih dan masdar muawwal : analisis bandingan kekerapan dalam surah Al-Baqarah ayat 1-100 |
Authors: | Akmarina Mohd Salwai (P52105) |
Supervisor: | Md Nor bin Abdullah, Ustaz |
Keywords: | Arabic language-Noun |
Issue Date: | 26-Mar-2013 |
Description: | Masdar merupakan salah satu elemen penting dalam kata nama Arab yang mempengaruhi struktur pembinaan dan pembentukan sesuatu ayat. Analisis Masdar Sarih dan Masdar Mu'awwal berkait rapat dengan bidang tatabahasa Arab. Kajian terhadap Masdar Sarih dan Masdar Mu'awwal dianggap penting bagi menjelaskan kekeliruan yang sering timbul sekitar perbezaan pola (wazan) dan penggunaan partikelnya. Objektif kajian adalah untuk menganalisis Masdar Sarih dan Masdar Mu'awwal, mengklasifikasikannya mengikut pola (wazan) dan partikel serta membandingkan aspek aplikasi kekerapannya dalam surah al-Baqarah. Metode kajian yang digunakan adalah metode kepustakaan, pengumpulan data, kuantitatif dan komparatif. Kajian merujuk kepada pelbagai Tafsir al-Qur'an, kitab-kitab nahw dan sarf, pelbagai mucjam Arab-Arab dan Arab-Melayu. Bahan kajian utama adalah sumber daripada Icrab al-Qur'an al-Karim dan juga Tafsir al-Qurtubi. Walaubagaimanapun kajian ini hanya memfokuskan 100 ayat surah al-Baqarah. Setiap Masdar Sarih yang terdapat dalam 100 ayat surah al-Baqarah dikategorikan mengikut pola (wazan) manakala Masdar Mu'awwal mengikut partikel serta dianalisis dalam bentuk jadual dan graf bagi mengetahui kekerapan masdar yang paling tinggi. Dapatan kajian menunjukkan 114 kali penggunaan Masdar Sarih paling tinggi berbanding Masdar Mu'awwal hanya 12 kali. Melalui analisis graf yang dilakukan juga didapati penggunaan wazan paling tinggi adalah wazan bagi Masdar Sarih Thulathi iaitu wazan 38 kali dan wazan paling rendah adalah wazan dan hanya1 kali manakala penggunaan partikel paling tinggi bagi Masdar Mu'awwal adalah partikel 8 kali dan paling rendah adalah partikel dan 1 kali. Kajian berkaitan Masdar Sarih dan Masdar Mu'awwal amat penting dalam pembelajaran bahasa Arab iaitu dari aspek pembinaan struktur ayat yang bersistematik kerana kebanyakan pelajar seringkali mengalami kekeliruan sama ada diperingkat sekolah menengah, kolej dan universiti.,Master / Sarjana |
Pages: | 158 |
Call Number: | PJ6142.A397 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84749+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.