Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459167
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMudasir Rosder, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Haidhar Kamarzaman (P62173)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:45:40Z-
dc.date.available2023-09-13T07:45:40Z-
dc.date.issued2013-12-30-
dc.identifier.otherukmvital:84745-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459167-
dc.descriptionImām al-Ashᶜarī merupakan seorang ulama yang banyak menyumbang kepada perkembangan akidah Ahli Sunah Waljamaah. Pendekatan akal dan naqli yang digunakan oleh beliau berjaya meletakkan akidah Islam dilandasan yang kukuh dalam mendepani cabaran musuh Islam yang menyeleweng. Namun terdapat banyak pihak yang meragukan al-Ashᶜarī sebagai penyambung kepada ajaran Salaf al-Ṣāliḥ terutamanya dari aliran yang menentang penggunaan akal sebagai satu metodologi dalam Islam. Mereka melabelkan al-Ashᶜarī dan alirannya sebagai kelompok yang terpesong dan terkeluar dari aliran Salaf al-Ṣāliḥ dan membawa satu fahaman akidah yang baharu yang jauh berbeza dari fahaman akidah Salaf al-Ṣāliḥ seperti kelompok Shīᶜah, Muᶜtazilah dan lain-lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai sama ada wujudnya kesinambungan pemikiran al-Ashᶜarī dengan pemikiran Salaf al-Ṣāliḥ. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji persamaan dan perbezaan fahaman yang wujud dalam pemikiran al-Ashᶜarī dan Salaf al-Ṣāliḥ. Kajian ini keseluruhannya menggunakan metode kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data, analisis kandungan, analisis perbandingan, analisis berasaskan sejarah dan metode kritikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesinambungan yang jelas dalam manhaj al-Ashᶜarī dan manhaj Salaf al-Ṣāliḥ dalam mengisbatkan akidah. Kesinambungan juga dapat dilihat dalam isu-isu yang dibahaskan oleh al-Ashᶜarī terutamanya isu mengenai ṣifāt, imān, al-qadr, ru'yat Allah, dan khalq al-Qur’ānn. Namun dari sudut penghujahan akidah ulama salaf hanya mencukupi dengan penghujahan naqli sementara al-Ashᶜarī mengunakan metode naqli dan akal. Kajian ini dapat memberikan sumbangan dalam menyelesaikan kekeliruan terhadap pemikiran al-Ashᶜarī sebagai satu aliran yang berkesinambungan daripada pemikiran Salaf al-Ṣāliḥ.,Master / Sarjana-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAsh'arites-
dc.titleFahaman akidah salaf al-salih dalam pemikiran al-Ash'ari-
dc.typetheses-
dc.format.pages221-
dc.identifier.callnoBP166.14.A84.M844 2013-
dc.identifier.barcode002084-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84745+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.