Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459166
Title: Maw'izah Hasanah menerusi dialog Rasulullah SAW : kajian sahih Bukhari kitab al-Adab
Authors: Aishah Mohamad Said (P56850)
Supervisor: Siti Rugayah Tibek, Professor Dr.
Keywords: Maw'izah Hasanah
Hadith -- Criticism, interpretation, etc.
Issue Date: 4-Apr-2013
Description: Kepentingan memberikan nasihat dalam agenda memperbaiki akhlak adalah satu kewajipan bagi umat Islam. Ekoran kenyataan ini, nasihat yang baik atau Maw‘izah Hasanah perlu mendapat sentuhan ilmiah dengan cara mengaitkannya dengan pelbagai cabang dakwah. Menyedari kepentingan persoalan ini, maka kajian ini dilakukan dengan mengenengahkan Maw‘izah Hasanah menerusi dialog Rasulullah SAW. Sehubungan itu, objektif pertama kajian adalah untuk mengenal pasti bentuk dialog hadith berkenaan Maw‘izah Hasanah melalui kitab al-Adab Sahih Bukhari. Objektif kedua pula ialah untuk menganalisis keindahan pemilihan kata dan uslub dakwah yang terkandung dalam hadith contoh yang dipilih. Manakala objektif yang ketiga ialah menjelaskan garis panduan memberikan nasihat dalam bentuk dialog berdasarkan analisis keindahan pemilihan kata dan uslub dakwah daripada contoh-contoh hadith yang dibincangkan. Metodologi kajian pula memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Pengumpulan data utamanya terdiri daripada sepuluh hadith yang dipilih secara purposive daripada Sahih Bukhari menerusi Kitab al-Adab. Manakala analisis data pula merujuk sepenuhnya kepada kitab-kitab syarah hadith yang muktabar disamping mengambil kira pandangan ulama' yang lain. Hasil daripada kajian ini menunjukkan Maw‘izah Hasanah dalam bentuk hadith dialog banyak memberikan kesan yang mendalam ekoran berlakunya maklumbalas melalui interaksi dua hala antara Rasulullah SAW dan sasaran. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan sepuluh contoh hadith yang dipilih kesemuanya mengandungi pemilihan kata yang sangat tinggi nilainya disamping penggunaan uslub dakwah yang menarik lagi berhikmah. Kajian ini turut menemukan sepuluh garis panduan dalam memberikan Maw‘izah Hasanah berdasarkan hadith dialog acuan daripada keperibadian Rasulullah SAW. Justeru, adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada para pendakwah mahupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang dakwah agar dapat mencontohi dialog Rasulullah SAW ketika memberikan Maw‘izah Hasanah.,Master / Sarjana
Pages: 151
Call Number: BP135.A122.A45 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84737+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.