Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459165
Title: | Perkembangan Islam zaman pendudukan Jepun di Selangor 1942-1945 |
Authors: | Mohd Azrin Wahid (P47316) |
Supervisor: | Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Ustazah |
Keywords: | Islam - Penjajahan Jepun Perkembangan Agama Islam - Tanah Melayu Islam-Malaysia-Selangor-History |
Issue Date: | 30-Mar-2013 |
Description: | Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji perkembangan agama Islam di Selangor sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu, dari tahun 1942 hingga 1945. Melalui kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh para sejarawan, tidak terdapat kajian yang khusus menjurus kepada perkembangan agama Islam di Selangor, bagi melihat sejauhmana masyarakat Islam mempraktikkan amalan agama dalam kehidupan seharian mereka. Justeru itu, objektif kajian ini adalah mengemukakan dan menganalisis secara umum penjajahan Jepun di Selangor, merangkumi strategi serangan, kejayaan, pentadbiran dari aspek ekonomi dan pendidikan serta pengunduran mereka dari Tanah Melayu. Kedua, mengkaji, meneliti dan menganalisis aktiviti perkembangan Islam di negeri Selangor ketika sambutan hari kemuliaan Islam, zaman pendudukan Jepun. Ketiga, menghurai dan menjelaskan aktiviti perkembangan Islam dalam konteks penulisan berbahasa Melayu, merangkumi akhbar dan majalah di zaman pendudukan Jepun di negeri Selangor. Keempat, mengkaji dan menganalisis perkahwinan serta aktiviti keagamaan merangkumi berkhatan dan kenduri masyarakat Melayu zaman pendudukan Jepun di Selangor. Dan yang terakhir ialah mengkaji dan menganalisis segala maklumat serta menilai dan memberi hipotesis terhadap sejauhmana perkembangan Islam berlaku di negeri Selangor sewaktu penjajahan Jepun. Metodologi kajian menggunakan dua kaedah iaitu kajian kepustakaan dengan menganalisa dokumen, dan kajian lapangan yang meliputi temubual kajian kes, untuk pengumpulan, pengklasifikasian, penyesuaian maklumat-maklumat dari sumber-sumber primer dan juga sekunder. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa perkembangan Islam tidak berjalan dengan lancar dan bersifat pasif berlawanan dengan situasi sebelum dan selepas pendudukan Jepun. Hal ini bukan hanya disebabkan tekanan dari pentadbiran Jepun semata, tetapi turut disumbang oleh tekanan ekonomi yang menghimpit rakyat, akibat daripada kekurangan sumber bahan mentah. Selain itu peluang dan ruang untuk masyarakat menerima maklumat berkaitan Islam tidak terbuka luas, akibat dari kawalan yang tegas dari pihak Jepun. Walau bagaimanapun masyarakat muslim tetap juga mempraktikkan amalan agama dalam kehidupan seharian mereka.,Master / Sarjana |
Pages: | 124 |
Call Number: | BP63.M4.M843 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84736+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.